Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Anwar Ibrahim 27 April_

Syarikat Teknologi Asing Wajib Sedia Latihan Untuk Bakat Tempatan – PM Anwar

Diterbitkan April 29, 2026 · Dikemas kini April 29, 2026 oleh Amalina Athman

Syarikat teknologi asing disyaratkan menyediakan pendedahan berkemahiran tinggi kepada bakat tempatan sebagai prasyarat untuk melabur di Malaysia.

Memetik laporan Berita RTM, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ia kini tidak hanya tertumpu dalam industri minyak dan gas, malah sektor bahan kimia yang memenuhi keperluan baharu negara, serta bidang teknologi maklumat (IT) dan kecerdasan buatan (AI).

“Semalam saya mengadakan pertemuan dengan Huawei. Saya menetapkan syarat bahawa pelaburan mereka, seperti juga syarikat teknologi maklumat lain, mesti disertakan dengan penyediaan peluang latihan serta pendedahan pada peringkat tinggi. Kita akan membuat penilaian terhadap program latihan tersebut. Jika ia dilaksanakan secara sekadar mencukupi, kita tidak akan terima. Sebaliknya, latihan yang ditawarkan perlu melangkaui tahap sistem sedia ada dan memberi nilai tambah yang jelas,” katanya.

Dalam laporan berasingan, beliau berkata kerajaan kini giat membangunkan bakat AI dalam negara bagi memenuhi keperluan pelaburan teknologi tinggi yang semakin berkembang di Malaysia.

Anwar berkata langkah itu penting bagi memastikan negara mempunyai kumpulan bakat mencukupi untuk menyokong kemasukan pelaburan baharu dalam sektor teknologi dan digital.

Tambahnya lagi, semua universiti turut digalakkan memperluas penawaran pendidikan AI agar Malaysia tidak hanya menjadi pengguna teknologi, sebaliknya muncul sebagai peneraju dalam bidang tersebut.

Mengulas mengenai pelaksanaan Sovereign AI Cloud, beliau berkata ia tidak bertujuan menyekat pelaburan syarikat teknologi global, tetapi hanya melibatkan kawalan terhadap data sensitif di bawah skop keselamatan negara.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • MyDIGITAL, Oracle Sasar Latih 300,000 Rakyat Malaysia Dalam AI Menjelang 2029
  • Jom Mahir AI Dengan Sertai Inisiatif Microsoft Elevate
  • Google Lancar Ciri Anti-Penipuan Dipertingkat Untuk Pengguna Android Di Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY