Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
70mai Dash Cam 4K A810 Lite_01

70mai A810 Lite 4K Kini Di Malaysia, Harga Bermula RM339

Diterbitkan Jun 15, 2026 oleh Amalina Athman

70mai kini melancarkan kamera papan pemuka (dashcam) 70mai A810 Lite 4K untuk pasaran Malaysia.

70mai Dash Cam 4K A810 Lite_03

Model baharu ini hadir dengan rekaan kompak berukuran 91 x 46 x 24.4 dan menyokong rakaman 4K HDR pada resolusi 3840 x 2160. Ia turut dipadankan dengan kamera belakang RC21 yang merakam pada resolusi 1080p serta teknologi pengimejan malam 70mai Lumi Vision bagi membantu meningkatkan kejelasan rakaman dalam keadaan pencahayaan rendah.

Melalui sambungan 4G, pengguna boleh mengakses fungsi pemantauan jarak jauh, manakala mod Smart Parking Surveillance membolehkan kenderaan dipantau 24 jam. Sokongan Wi-Fi 6 pula membantu mempercepatkan proses pemindahan rakaman ke telefon pintar.

70mai Dash Cam 4K A810 Lite_02

A810 Lite turut dilengkapi GPS terbina, sokongan kad mikroSD sehingga 512GB serta port USB-C untuk bekalan kuasa

Harga dan ketersediaan

Untuk pasaran Malaysia, 70mai A810 Lite 4K ditawarkan pada harga RM339 bagi unit utama sahaja. Set A810 Lite yang didatangkan bersama kamera belakang RC21 1080P pula dijual pada harga RM409.

Peranti ini kini boleh didapati melalui pengedar sah 70mai serta kedai rasmi jenama itu di Shopee dan Lazada.

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY