Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

JSPT Cadang Wajibkan ‘Dashcam’ Untuk Pengguna Jalan Raya

Posted on Februari 10, 2026Februari 10, 2026

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman sedang mempertimbangkan cadangan untuk mewajibkan penggunaan kamera papan pemuka atau dashcam kepada semua pengguna jalan raya, sebagai langkah memperkukuh penguatkuasaan serta keselamatan lalu lintas.

Timbalan Pengarah 1 (Penguatkuasaan/Kawalan Lalu Lintas/Pengurusan Saman) JSPT Bukit Aman, DCP Mohd Rozi Jidin berkata, ketika ini penggunaan dashcam masih bersifat pilihan dan tidak diwajibkan.

Bagaimanapun, beliau berpandangan sudah tiba masanya perkara itu dinilai semula oleh pihak berwajib, terutamanya Kementerian Pengangkutan.

“Buat masa ini ia belum compulsory, lebih kepada aksesori, tetapi mungkin sudah tiba masanya kita mewajibkan supaya semua pengguna jalan raya ini menjadi mata kepada pihak berkuasa, di mana kesalahan yang berlaku boleh dirakam dan dilaporkan,” katanya kepada Astro Awani.

Mohd Rozi turut memaklumkan JSPT sedang merancang mekanisme tertentu untuk memberi merit atau insentif kepada individu yang melaporkan kesalahan lalu lintas melalui rakaman dashcam.

Sebagai contoh, beliau tidak menolak kemungkinan pemberian diskaun saman pada masa hadapan kepada pengguna yang aktif menyalurkan maklumat berkaitan kepada pihak berkuasa.

“Ini masih dalam perancangan JSPT dalam konteks dashcam. Mungkin bila tiba masa diskaun saman, mereka yang tidak melaporkan tiada diskaun, tetapi mereka yang membuat laporan ada kelebihan,” jelasnya.

Pada masa sama, JSPT turut meneliti kemungkinan memperkenalkan konsep ‘rakan kepada pihak berkuasa’ bagi pengguna yang bekerjasama dalam aspek keselamatan jalan raya.

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress