Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
WhatsApp Image 2026-06-11 at 10.24.08

Proton e.MAS 7 Premium Plus Dilancar – Bateri Lebih Besar, Tempat Duduk Dengan Fungsi Urutan, Harga RM125,800

Diterbitkan Jun 11, 2026 oleh Amsyar Latif

PRO-NET, anak syarikat milik penuh PROTON, kini memperkenalkan varian premium terbaharu, Proton e.MAS 7 Premium Plus, sempena acara Kuala Lumpur International Mobility Show (KLIMS) 2026 yang berlangsung di MITEC.

Pelancara varian ini bertujuan untuk memperluas rangkaian siri EV nasional berkenaan dengan menawarkan kapasiti bateri yang lebih besar serta penambahan siri ciri keselesaan gred tinggi bagi pemanduan jarak jauh.

Siri Premium Plus ini dilengkapi dengan sistem bateri AEGIS Short Blade berkapasiti 68.39kWh yang mampu memberikan anggaran jarak pemanduan sehingga 450km (WLTP), sekali gus menyelesaikan isu kegusaran jarak (range anxiety) dalam kalangan pengguna.

WhatsApp Image 2026-06-11 at 10.21.52

Walaupun memuatkan saiz bateri yang lebih besar, model ini tetap mengekalkan sokongan pengecasan pantas DC sehingga 115kW yang membolehkan pengecasan dari 30% hingga 80% diselesaikan dalam tempoh sekitar 20 minit sahaja.

photo_2026-06-11 11.46.25
photo_2026-06-11 11.46.27

Bagi membezakannya dengan varian sedia ada, hiasan dalaman Premium Plus kini menerima tempat duduk hadapan berkembar dengan fungsi urutan, pelarasan kuasa 4-hala bersama sistem memori untuk penumpang hadapan, serta sokongan penyandar kaki (leg rest).

Aspek teknikal kenderaan ini disokong penuh oleh platform Global Modular Architecture (GMA), teknologi Cell-to-Body (CTB), dan Sistem Pacuan Elektrik 11-dalam-1 yang turut dipamerkan di Dewan 7, MITEC bersama model Proton e.MAS 5 dan e.MAS 7 PHEV.

Di pasaran tempatan, Proton e.MAS 7 Premium Plus ditawarkan pada harga atas jalan tanpa insurans bermula RM125,800 untuk Semenanjung Malaysia dan RM128,800 bagi Sabah dan Sarawak.

WhatsApp Image 2026-06-11 at 10.25.35

Walau bagaimanapun, PRO-NET menawarkan Rebat Pelancaran Khas sebanyak RM7,000 untuk tempoh terhad bagi semua varian, yang menyaksikan harga varian Premium Plus ini dikurangkan kepada RM118,800 (Semenanjung) dan RM121,800 (Sabah & Sarawak).

WhatsApp Image 2026-06-11 at 10.24.30

Setiap pembelian turut didatangkan dengan pakej Power Pack Plus yang merangkumi pengecas kotak dinding (home charger) 7kW percuma, adaptor V2L, data internet tanpa had selama 5 tahun, jaminan kenderaan tanpa had perbatuan selama 6 tahun, serta jaminan bateri selama 8 tahun atau 160,000km.

Berkaitan

  • ‘Hype’ Atau Tidak, Ini Yang OPPO Reno15 Sebenarnya Boleh Buat
  • Proton e.MAS Cecah 20,000 Unit Di Jalan Raya, e.MAS 7 PHEV Jadi Model PHEV Terlaris Malaysia Pada 2026
  • Proton e.MAS Labur RM40 Juta, Bangun Ekosistem Digital Dan Infotainmen EV Pertama Buatan Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY