Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
WISER (16_9)) (3)

Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT

Diterbitkan November 5, 2026 oleh srhhazirah

Proses pengambilan ubat susulan di hospital atau klinik kesihatan selalunya memakan masa yang agak lama, terutamanya di kaunter farmasi yang sesak.

Namun, dengan adanya perkhidmatan MyUBAT, pesakit yang layak tidak semestinya perlu hadir dan beratur di kaunter farmasi setiap kali mendapatkan bekalan ubat susulan.

Melalui aplikasi MyUbat yang diperkenalkan di bawah Program Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), pengurusan bekalan susulan menjadi jauh lebih cepat, sistematik, dan fleksibel. Sistem ini telah menyokong ratusan fasiliti kesihatan KKM di seluruh negara bagi memudahkan pesakit untuk mendapatkan ubat terus ke pintu rumah atau secara pandu lalu.

Cara Mohon Ubat

  1. Buka aplikasi MyUbat dan daftar akaun baharu (sekiranya anda tidak mempunyai akaun MyUbat) Buka aplikasi MyUbat dan daftar akaun baharu (sekiranya anda tidak mempunyai akaun MyUbat)
  2. Masukkan maklumat peribadi anda yang sah. Masukkan maklumat peribadi anda yang sah.
  3. Setelah pendaftaran selesai, log masuk semula menggunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan yang telah didaftarkan. Sekiranya anda terlupa kata laluan, gunakan pautan 'Lupa Kata Laluan' untuk membuat tetapan semula. Setelah pendaftaran selesai, log masuk semula menggunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan yang telah didaftarkan. Sekiranya anda terlupa kata laluan, gunakan pautan 'Lupa Kata Laluan' untuk membuat tetapan semula.
  4. Pada bahagian paparan utama, pilih 'Bekalan' untuk permohonan ubat. Pada bahagian paparan utama, pilih 'Bekalan' untuk permohonan ubat.
  5. Pilih 'Mohon Baharu'. Pilih 'Mohon Baharu'.
  6. Pilih lokasi fasiliti kesihatan KKM di mana anda menerima rawatan bagi mendaftarkan preskripsi ubat susulan anda. Pilih lokasi fasiliti kesihatan KKM di mana anda menerima rawatan bagi mendaftarkan preskripsi ubat susulan anda.
  7. Pilih kaedah penyerahan ubat yang boleh memudahkan anda. Pilih kaedah penyerahan ubat yang boleh memudahkan anda.

Kelebihan MyUbat

Selepas permohonan dibuat, anda boleh menyemak status penghantaran atau jadual penyerahan ubat secara terus dalam aplikasi tersebut. Selain menjimatkan masa pesakit daripada beratur panjang, MyUbat juga membantu petugas farmasi menguruskan penyediaan ubat dengan lebih mudah.

Bagi anda yang menerima rawatan susulan berkala di fasiliti KKM, manfaatkanlah aplikasi MyUbat ini agar urusan kesihatan anda dan keluarga menjadi lebih praktikal dan mudah.

Berkaitan

  • 3 Digital Audio Player Bawah RM400
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
©2026 WISER.MY