Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
NVIDIA Umum RTX 3050 Dan RTX 3090 Ti, Termurah Dari NVIDIA Yang Sokong Ray Tracing

3 Jenama Besar Telah Turunkan Harga Kad Grafik Mereka

Diterbitkan Mac 24, 2022 oleh Firdaus

Adakah kita sudah keluar daripada mimpi ngeri akan harga kad grafik global? Perkara ini masih berterusan untuk kita hadapi biar pun pandemik akan bertukar kepada endemik pada 1 April nanti. Tetapi ada beberapa tanda yang menunjukkan bahawa keadaan dapat kembali normal.

Sebagai contoh di Australia, harga Asus RTX 2080 TUF Gaming OC telah mencatatkan penurunan harga lebih 35% hanya dalam masa sehari sahaja.

GPU pricing is falling off a cliff right now. Locally the "ASUS GeForce RTX 3080 TUF Gaming OC" was $2299 yesterday, today a few retailers have slashed it to $1499 AUD. That's 35% off over night.

(kick in the capacitors if you bought one yesterday)

— Hardware Unboxed (@HardwareUnboxed) March 15, 2022

Selain itu, ura-ura akan kedatangan RTX 3090 Ti juga telah mempengaruhi penurunan harga pasaran kad grafik global. Anda berkemungkinan akan melihat pelancaran kad grafik ini dalam beberapa bulan lagi.

Untuk anda yang menanti berita gembira ini, Zotac dan Asus telah mengemaskini harga terbaru untuk kad grafik mereka pada awal minggu ini. Penurunan harga hingga RM500 lebih murah daripada harga sebelumnya yang ditawarkan oleh kedua-dua jenama.

Berikut merupakan harga baharu daripada Zotac dan Asus:

harga kad grafik
Kredit: Asus
harga kad grafik
Kredit: Zotac

Selain kedua-dua jenama di atas, kad grafik keluaran EVGA turut mencatatkan penurunan dalam kemas kini harga terbaru mereka pada hari Rabu 23 Mac, 2 hari selepas kemas kini Zotac dan Asus.

harga kad grafik
Kredit: EVGA

Sukacita saya ingatkan kepada anda bahawa ini merupakan harga runcit dan bukannya harga yang anda akan dapati ketika membeli di kedai. Kemungkinan anda akan mendapati perbezaan harga sekitar RM200 daripada harga yang saya kongsikan ini.

Tetapi usahlah bersedih kerana sekurang-kurangnya harga kad grafik sudah turun dan tidak lagi berada dalam lingkungan harga yang tidak masuk akal mahalnya.

Oleh sebab itu, anda boleh memilih untuk membeli kad grafik sekarang atau tunggu lagi beberapa bulan lagi kerana pilihan di tangan anda. Jadi la pembeli yang bijak dan bukannya terlajak.

Sumber: Tom’s Guide, EWT Technology

Baca juga:

  • Cari Kad Grafik Baru? Tunggu Dulu, Harga Pasaran Sedang Menurun
  • Bukan ‘Photoshop’, Juara Terbuka Jerman 2022 Bawa Pulang Kad Grafik
  • Tak Perlu Kad Untuk Keluar Duit Di ATM Maybank, Ini Caranya

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY