Google mula melancarkan aplikasi Gemini khusus untuk Apple CarPlay, membolehkan pengguna berinteraksi dengan pembantu AI itu terus melalui paparan sistem dalam kenderaan.
Sebelum ini, Gemini sudah boleh diakses melalui aplikasi Google Maps pada CarPlay bagi membantu pengguna ketika menggunakan navigasi. Kini, Google memperluas integrasi tersebut dengan membawa aplikasi khusus Gemini ke CarPlay, yang menawarkan lebih banyak kegunaan selain urusan navigasi.
Melalui aplikasi ini, pengguna boleh menggunakan Gemini Live untuk memulakan perbualan baharu atau menyambung perbualan terdahulu. Pengguna juga boleh mencelah untuk menambah maklumat, menukar topik atau menghentikan perbualan apabila perlu memberikan tumpuan kepada pemanduan.
Talk it through with Gemini now on Apple CarPlay. 🚗
Just tap the Gemini app icon on your CarPlay screen or side rail to easily pick up a conversation from your phone, explore a topic you're curious about, or brainstorm out loud with Gemini Live.
— Google Gemini (@GeminiApp) November 11, 2026
Selain itu, perbualan yang dilakukan melalui CarPlay akan diselaraskan secara automatik dengan aplikasi Gemini pada iPhone. Ini membolehkan pengguna mengakses semula ringkasan, nota dan hasil perbincangan melalui sejarah sembang selepas selesai memandu.
Ketersediaan
Gemini pada Apple CarPlay kini dilancarkan secara berperingkat kepada semua pengguna Gemini untuk iOS, meliputi setiap bahasa yang disokong Gemini Live.
Untuk mula menggunakannya, pengguna perlu memastikan aplikasi Gemini pada iPhone telah dikemas kini kepada versi terkini, memberikan kebenaran akses mikrofon dan pernah menggunakan Gemini Live pada telefon sekurang-kurangnya sekali.
Selepas telefon disambungkan kepada kereta, pengguna hanya perlu klik ikon Gemini pada paparan CarPlay untuk memulakan perbualan baharu atau menyambung perbualan terkini.
