Harga kad grafik (Graphic Processing Unit) bersifat berubah-ubah di mana ia boleh meningkat secara menggila mahu pun turun pada harga mampu milik.
Mereka yang ingin menaik taraf kad grafik terpaksa menghadapi realiti pahit akan harga yang mahal di pasaran.
Di pengaruhi dengan kekurangan semikonduktor di peringkat global, pasaran kad grafik menjadi terhad dan perlahan. Tambahan lagi, sifat scalpers dan crypto miners telah memburukkan lagi keadaan yang sedia ada.
Namun begitu, permulaan tahun 2022 telah mencatatkan penurunan nilai mata wang kripto dan secara tidak langsung mempengaruhi harga pasaran kad grafik di peringkat global.
Berdasarkan graf di atas, kad grafik siri RTX 3080 daripada Nvidia telah mencatatkan penurunan secara tetap dari hujung tahun lepas sehingga Februari.
Selain itu, kami menemui bahawa setiap kad grafik Nvidia telah mencatakan penurunan harga pasaran di peringkat global.
Di samping itu, bagi mereka yang menyukai kad grafik AMD, pencarian kami menunjukkan harga siri RX 6600 XT hingga RX 6900 XT mengalami penurunan harga.
Ini merupakan berita baik bagi mereka yang sedang bersabar kerana ingin menunggu harga pasaran kad grafik turun dan jatuh.
Walaupun penurunan yang di catatkan tidaklah sebesar mana dan di pengaruhi oleh nilai mata wang kripto, tetapi corak pasaran pada ketika ini menunjukkan harga akan terus menurun.
Bilakah anda perlu membeli kad grafik?
Kami menyangkakan bahawa kita akan terus melihat penurunan harga GPU secara berperingkat pada pertengahan pertama tahun 2022 ini.
Pembaca boleh memilih untuk membeli kad grafik pada ketika ini tetapi kami berpendapat ianya lebih berbaloi sekiranya pembaca menunggu dalam tempoh sebulan lagi.
Sekiranya pembaca perlu menggantikan kad grafik dengan serta-merta, sekarang merupakan waktu yang baik untuk membeli. Namun bagi mereka yang telah lama bersabar dan menunggu, apalah sangat jika perlu menunggu lagi sebulan dua.
Sumber: TechRadar
Baca juga: