Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Bukan ‘Photoshop’, Juara Terbuka Jerman 2022 Bawa Pulang Kad Grafik

Bukan ‘Photoshop’, Juara Terbuka Jerman 2022 Bawa Pulang Kad Grafik

Diterbitkan Mac 16, 2022 oleh Firdaus

Tahniah diucapkan kepada wira negara, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin Rumsani kerana telah menjuarai kejohanan Terbuka Jerman 2022. Pasangan beregu negara itu telah berjaya menewaskan pasangan beregu China dan sekaligus menjuarai kejohanan Terbuka Jerman 2022.

Bukan ‘Photoshop’, Juara Terbuka Jerman 2022 Bawa Pulang Kad Grafik

Apa yang menarik dengan kemenangan yang dijuarai oleh pasangan beregu negara itu adalah hadiah yang dimenangi oleh mereka. Selain membawa pulang wang tunai, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin Rumsani dapat dilihat membawa pulang satu hadiah yang sangat menarik sebagai hadiah kemenangan untuk kejohanan sukan seperti badminton.

Bukan ‘Photoshop’, Juara Terbuka Jerman 2022 Bawa Pulang Kad Grafik

Kedua-dua mereka membawa pulang setiap seorang satu kad grafik untuk komputer sebagai hadiah kejuaraan mereka. Namun begitu wahai pembaca sekalian, kad grafik tersebut bukanlah yang biasa-biasa tetapi ia merupakan NVIDIA GeForce RTX 3070 Ti.

RTX 3070 Ti merupakan kad grafik baharu untuk siri RTX 3000 daripada NVIDIA dan ia adalah lebih berkuasa berbanding RTX 3070. NVIDIA mendakwa bahawa prestasi RTX 3070 Ti lebih lagi laju sebanyak 70% berbanding RTX 2070 dalam generasi RTX yang sebelumnya.

Harga pasaran untuk kad grafik berkenaan juga tidak kurang hebatnya dipasaran Malaysia di mana ia boleh mencecah sehingga RM4,000 untuk setiap unit.

Sungguh beruntung dan bertuah sungguh wira negara kita ini, siapa yang sangka bahawa kita akan melihat pemenang kejohanan badminton akan mendapat kad grafik sebagai hadiah kemenangan mereka.

Apa-apapun, syabas dan tahniah diucapkan kepada wira negara kita.

Sumber: Free Malaysia Today, HarimauMalaya

Baca juga:

  • Xiaomi 12X Dilancar Secara Global, Malangnya Tidak Dibawa Masuk Ke Malaysia
  • Xiaomi 12 Pro Rasmi – Hadir Dengan Snapdragon 8 Gen 1, 3 Lensa 50MP, Harga RM3899
  • Akhirnya, Xiaomi 12 Dilancarkan Di Malaysia Dijual Dengan Harga RM2,899

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY