Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
2 Pelajar Malaysia Terpilih Ikuti Penyelidikan Di CERN, Switzerland

2 Pelajar Malaysia Terpilih Ikuti Penyelidikan Di CERN, Switzerland

Diterbitkan Julai 8, 2026 · Dikemas kini Julai 8, 2026 oleh ariff bukhari

2 Pelajar pascasiswazah dari universiti swasta tempatan, Ahmad Lutfi Che Hassan (26 tahun) dari Sunway University dan Loh Jia Cheng (26 tahun) dari Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) telah terpilih mewakili negara bagi menyertai Program Pelajar Musim Panas CERN (CSSP) di Geneva, Switzerland.

Program berprestij ini berlangsung dari Jun hingga Ogos 2026.

Loh Jia Cheng yang sedang mengikuti pengajian Sarjana Sains Kejuruteraan Kimia dan Ahmad Lutfi  dalam pengajian Sarjana Sains Statistik Industri bakal menyertai kira-kira 150 peserta dari seluruh dunia untuk menimba pengalaman langsung dalam bidang fizik zarah, kejuruteraan, dan pengkomputeran.

Sepanjang tempoh itu, kedua-dua pelajar ini akan mengikuti kuliah pakar, bengkel, serta terlibat dalam projek saintifik di Pertubuhan Penyelidikan Kajian Nuklear Eropah (CERN).

CERN 1
Pertubuhan Penyelidikan Kajian Nuklear Eropah (CERN) menempatkan terowong bulat bawah tanah sepanjang 27 km yang dikenali sebagai Pelanggar Hadron Besar (LHC). Ia pertama kali dimulakan pada 10 September 2008 dan kekal sebagai tambahan terbaru kepada kompleks pemecut CERN. Zarah-zarahnya, yang dipandu oleh magnet superkonduktor, didorong pada kelajuan yang menghampiri kelajuan cahaya.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Datuk Chang Lih Kang berkata, penyertaan ini mencerminkan komitmen kerajaan dalam melahirkan bakat Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) yang berdaya saing, selaras dengan Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara 2021-2030 (DSTIN 2021-2030).

Program tahunan ini dikendalikan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bersama Akademi Sains Malaysia (ASM).

Sejak dimulakan pada 2012, seramai 29 pelajar Malaysia telah berjaya dihantar ke CERN melalui kerjasama antara Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Akademi Sains Malaysia (ASM).

Program ini bukan sahaja memperkukuh pengetahuan dan pengalaman pelajar, tetapi juga membina rangkaian antarabangsa dengan cendekiawan muda dari seluruh dunia.

Berkaitan

  • Inilah Rupa Laman Sesawang Pertama Di Dunia, "World Wide Web"
  • Idea Dan Ciptaan Terbaik Sepanjang Zaman - Error 404: Page Not Found
  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Bawa Nama Malaysia Ke Eropah: Bagaimana Dua Jurutera Ini Berjaya Tembusi Industri Automotif Global

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY