Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Error 404: Page Not Found

Idea Dan Ciptaan Terbaik Sepanjang Zaman – Error 404: Page Not Found

Diterbitkan Ogos 22, 2025 · Dikemas kini Ogos 22, 2025 oleh ariff bukhari

Jika anda seorang pengguna internet, pastinya anda pernah berdepan dengan mesej menjengkelkan ini “404 Page Not Found.”

Mesej ini biasanya muncul tiba-tiba apabila kita klik pautan yang mati, salah taip URL, atau cuba capai laman web yang sudah tiada.

Bagi ramai orang, ia sekadar satu kod ralat. Tetapi, tahukah anda kisah di sebalik nombor 404 sebenarnya cukup menarik.

Idea Dan Ciptaan Terbaik Sepanjang Zaman – Error 404: Page Not Found

404 Bermula di CERN

Cerita ini membawa kita kembali ke tahun 1980-an, antara tahun 1981 dan 1992 di mana ketika sekumpulan saintis di CERN, singkatan kepada bahasa Perancis, Conseil Européen pour la Recherche Nucléaire (European Council for Nuclear Research) yang terletak di Switzerland, sedang membina asas internet yang kita kenali hari ini sebagai World Wide Web (www).

Pusat pangkalan data utama ketika itu terletak di tingkat empat, bilik bernombor 404.

Tugas beberapa orang di bilik ini adalah menjawab permintaan data dengan mencari fail secara manual dan menghantarnya melalui rangkaian.

Namun, tidak semua permintaan berjaya dipenuhi. Kebanyakannya kerana pengguna memasukkan nama fail yang salah. Maka lahirlah mesej ringkas tetapi berkesan:

“Room 404: file not found.”

Apabila sistem menjadi semakin automatik, mesej ini dikekalkan sebagai kod ralat rasmi  dan dari situlah lahirnya Error 404 yang kita kenali hari ini.

Dari ralat ke ikon internet

Menariknya, 404 bukan sekadar kod ralat teknikal. Ia berkembang menjadi sebahagian daripada budaya digital.

Kod ralat 404 begitu popular seingga ernah digunakan sebagai istilah slanga untuk sesuatu yang hilang atau tidak wujud, menjadi bahan komik, buku, dan meme sehingga dicetak dibaju dan barangan “404” kerana popularitinya.

Menurut sesetengah pengkaji budaya internet, 404 adalah simbol kekecewaan universal, seakan cara digital untuk berkata: “Maaf, anda sudah sampai di jalan mati.”

Mengapa 404 berlaku?

Walaupun kisah asalnya penuh nostalgia, 404 tetap ada sebab teknikalnya mengapa ia muncul.

Mesej ini hanya muncul apabila pautan mati (dead links), fail/laman telah dipadam atau dipindahkan, sambungan gagal antara pelayan dan pengguna serta kesilapan manusia itu sendiri seperti salah menaip nama URL atau nama fail.

Idea Dan Ciptaan Terbaik Sepanjang Zaman – Error 404: Page Not Found

Dari CERN ke skrin komputer

Hari ini, ramai pemilik laman web secara kreatif mengubah halaman 404 mereka dengan mesej lucu atau grafik interaktif supaya kelihatan menarik.

Ada yang jadikan ia peluang promosi, ada pula yang menjadikannya bahan lawak.

Idea Dan Ciptaan Terbaik Sepanjang Zaman – Error 404: Page Not Found
Idea Dan Ciptaan Terbaik Sepanjang Zaman – Error 404: Page Not Found
Idea Dan Ciptaan Terbaik Sepanjang Zaman – Error 404: Page Not Found
Idea Dan Ciptaan Terbaik Sepanjang Zaman – Error 404: Page Not Found

Namun, di sebalik semua itu, asal-usul “404” tetap berpunca dari sebuah bilik kecil di CERN, bilik yang secara tidak langsung meninggalkan kesan besar dalam sejarah internet.

Jadi, lain kali bila anda terjumpa “404 Not Found”, ingatlah ia bukan sekadar ralat, ia adalah warisan awal internet yang masih hidup hingga ke hari ini.

Berkaitan

  • Inilah Rupa Laman Sesawang Pertama Di Dunia, "World Wide Web"
  • Idea Dan Ciptaan Teknologi Terbaik Sepanjang Zaman - Servis Penstriman
  • Pelajar Sarawak, Ini Lokasi Sah Dan Cara Untuk Tebus 'Laptop' Percuma Anda

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • CelcomDigi, Maxis Terima Penganugerahan Spektrum Baharu Daripada MCMC
  • 3 Jam Pintar Bawah RM700
  • JomCharge Rancang Bangunkan 1,000 Stesen Pengecas EV Di Selangor Dalam 2 Tahun
  • Tourism Malaysia Dan Alipay+ Meterai MoU, Lancar Program Subsidi Pelancongan Eksklusif Berkuasa AI
  • Tune Protect Lancar TPXtra, Platform Insurans Dan Gaya Hidup Digital Terbaru
  • PC Anda Berisiko Hilang Akses Windows Update Jika Tidak Dikemas Kini
  • Kerajaan Perinci Pendekatan Baharu Tarif Elektrik Tahun Depan - TPM Fadillah
  • MyDigital ID Rancang Guna Kriptografi Pasca Kuantum - Persediaan Hadapi Ancaman Siber Komputer Kuantum
©2026 WISER.MY