Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Inilah Rupa Laman Sesawang Pertama Di Dunia, “World Wide Web”

Inilah Rupa Laman Sesawang Pertama Di Dunia, “World Wide Web”

Diterbitkan Ogos 8, 2023 · Dikemas kini Ogos 8, 2023 oleh ariff bukhari

Jika anda tertanya berapakah jumlah laman sesawang yang wujud di dunia ketika ini, jumlahnya adalah lebih dari pada 1.1 bilion.

Atau lebih tepat lagi, berdasarkan semakan terkini di laman siteefy (setakat 11 Julai 2023), terdapat sebanyak 1,106,671,903 laman sesawang yang wujud ketika ini.

Walaubagaimanapun daripada jumlah itu, hanya sejumlah 18% laman sesawang sahaja yang aktif, manakala selebihnya iaitu 82% lagi tidak aktif.

Siteefy juga berkongsikan data menarik yang lain antaranya, sebanyak  175 laman sesawang baru dicipta setiap minit. Malah menurut siteefy lagi, lebih daripada 2000 laman sesawang baru wujud selepas anda membaca artikel ini.

Inilah Rupa Laman Sesawang Pertama Di Dunia, “World Wide Web”

Laman sesawang pertama Internet di dunia pertama kali aktif pada 6 Ogos 1991. Ia adalah mengenai projek World Wide Web (www) itu sendiri.

Kandungan laman sesawang itu pula hanya mengandungi beberapa maklumat am, arahan mengenai hypertext dan beberapa garis panduan untuk mencipta laman sesawang.

Inilah Rupa Laman Sesawang Pertama Di Dunia, “World Wide Web”
Inilah rupa laman sesawang pertama di dunia, “World Wide Web”.

Makmal CERN menjadi tempat lahirnya World Wide Web (WWW) yang dicipta oleh tokoh saintis dari British bernama Tim Berners-Lee ketika beliau bekerja di sana dalam tahun 1989 dahulu.

Komputer NeXT beliau adalah hos pertama laman sesawang tersebut.

Inilah Rupa Laman Sesawang Pertama Di Dunia, “World Wide Web”
Replika mesin NeXT yang digunakan oleh Tim Berners-Lee pada tahun 1990 untuk membangunkan dan menjalankan pelayan WWW. Kredit: CERN

Berkaitan

  • Seorang Siswa Universiti Malaya Terpilih Ke Makmal Fizik Zarah Terbesar Di Dunia
  • Secara Purata, Kelajuan Internet Di Kampung Bukit Badong, Bestari Jaya, Selangor Telah Meningkat Kepada 40Mbps
  • Jangan Terpedaya Dengan E-mel Saman Trafik Palsu

Sumber: siteefy

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY