Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kilang EV Proton

1,400 Kakitangan Proton Kini Beroperasi Di Hab Automotif Berteknologi Tinggi Tanjong Malim

Diterbitkan Oktober 8, 2025 ยท Dikemas kini Oktober 8, 2025 oleh ariff bukhari

PROTON melakar sejarah baharu dengan memindahkan operasi pengilangan sepenuhnya ke Tanjong Malim, sekali gus menamatkan 40 tahun pengeluaran kenderaan di Shah Alam yang mula beroperasi pada tahun 1985 dahulu.

Seramai 1,400 pekerja telah berpindah ke fasiliti moden di Automotive High Tech Valley (AHTV), Perak ini.

Kilang ini kini menjadi pusat pengeluaran utama untuk model Saga, Persona, X-series dan S70, serta menempatkan kilang pemasangan kenderaan elektrik (EV) pertama negara.

1,400 Kakitangan Proton Kini Beroperasi Di Hab Automotif Berteknologi Tinggi Tanjong Malim
Satu majlis telah diadakan semalam di Proton Tanjong Malim, menyambut 1,400 pekerja. Upacara itu dirasmikan oleh Ainol Azmil, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Sementara, bersama-sama pasukan pengurusan tertinggi Proton.

Dengan kemampuan kapasiti pengeluaran sebanyak 250,000 unit setahun dan teknologi Industry 4.0, Tanjong Malim menggabungkan bahagian R&D, pemasangan enjin TGDi, dan sistem pengecapan terbesar di Malaysia.

AHTV ini juga berfungsi sebagai hab eksport utama untuk kenderaan pacuan kanan Geely di Asia Tenggara.

Peralihan ini bukan sahaja memperkukuh rantaian bekalan tempatan, malah membuka peluang pekerjaan bernilai tinggi dalam sektor EV dan perkhidmatan teknikal.

Berkaitan

  • Proton Rancang Pasang EV Smart #1 Di Tanjung Malim, Perak
  • Lepas Ini, EV Proton Dibuat Di Tanjung Malim
  • 5 Syarikat Teknologi Tempatan Yang Mungkin Anda Tak Tahu Wujud Tapi Popular - Bah.2

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • TikTok Shop Naikkan Kadar Komisen Bagi Kebanyakan Kategori - Berkuat Kuasa 31 Oktober 2026
  • Prapesan iPhone Duo Kini Dibuka Di Malaysia - Harga Bermula RM9,499
  • Malaysia Percepat Reka Bentuk Cip Menerusi IP Arm, Enam Cip Tempatan Dilancarkan
  • 3 Digital Audio Player Bawah RM400
  • Senario Terburuk Krisis Iklim Di Asia Selatan, 40.5 Juta Penduduk Berisiko Jadi Pelarian Menjelang 2050
  • Genting Dan Huawei Akan Bersama Bangunkan Bandar Pintar Teknologi Di Johor
  • RAM Mahal? 8GB Sudah Cukup Untuk PC Windows 11 - Microsoft
  • Sony Walkman Baharu Dipacu Android Dilancar Pada Harga ~RM11,750
©2026 WISER.MY