Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
smart #1 brabus

Proton Rancang Pasang EV Smart #1 Di Tanjung Malim, Perak

Diterbitkan September 21, 2023 oleh ariff bukhari

smart Malaysia secara rasmi telah pun mengumumkan mula menerima tempahan untuk kereta elektrik (EV) smart #1 sempena pemeteraian Memorandum Perjanjian (MoA) antara smart & PROTON yang berlangsung di Ekspo China-ASEAN 2023 (CAEXPO) baru-baru ini.

Proton dalam satu kenyataan memaklumkan, MoA baharu itu akan membawa kerjasama ke tahap baharu kerana mereka kini merancang mengenai memasang model EV smart di Malaysia.

“PROTON komited untuk memperkenalkan lebih banyak Kenderaan Tenaga Baharu (NEV) pada masa hadapan. Selepas pelancaran Proton X90, NEV pertama kami, kami teruja dengan peluang untuk mengetahui lebih lanjut tentang EV daripada kerjasama kami dengan smart. Melangkah ke hadapan, semua aktiviti pengeluaran kami akan tertumpu di Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV) di Tanjung Malim, yang juga akan membantu dalam matlamat kami untuk menjadikan Malaysia hab EV serantau,” Dr Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif, PROTON.

Ketika ini, smart #1 ditawarkan dalam 3 varian iaitu Pro, Premium dan BRABUS dengan harga jualan termasuk Cukai Jualan dan Perkhidmatan (tanpa insurans) adalah bermula dari RM200,000 hingga RM250,000.

Sebelum ini telah pun dilaporkan tempahan ke atas Smart #1 boleh dibuat menerusi aplikasi Hello smart dari telefon pintar dengan bayaran tempahan RM1,000 yang akan dikembalikan.

Berkaitan

  • Anda Kini Boleh Tempah EV Edaran Proton Ini Dari Aplikasi Telefon Pintar
  • Bermula iPhone 15, Apple Mudahkan Pengguna Semak Kiraan Kitaran Bateri
  • Shell Dan BYD Buka Terminal Pengecas Pantas EV Terbesar Di Dunia Dengan Kanopi Solar

Sumber: smart, Proton

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
  • POCO X8s Dengan Snapdragon 7 Gen 4 Tiba Di Malaysia, Harga Promosi Bermula RM1,399
  • Graduan Pelatih Hong Leong Bank Bina Chatbot AI Dan Automasi RPA Dalam Program 12 Bulan
  • 5 Perkara Tentang "Grand Theft Auto VI" Yang Sudah Diketahui Setakat Ini
©2026 WISER.MY