Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Lepas Ini, EV Proton Dibuat Di Tanjung Malim

Lepas Ini, EV Proton Dibuat Di Tanjung Malim

Diterbitkan Ogos 18, 2025 · Dikemas kini Ogos 19, 2025 oleh Amsyar Latif

Proton Holdings Bhd (PROTON) mengumumkan kilang baharu pembuatan kenderaan elektrik (EV) di Tanjung Malim bakal memulakan pengeluaran berskala penuh pada September ini.

Setakat ini, kerja infrastruktur telah siap 90.4% manakala pemasangan peralatan mencapai 83.5%, menjadikan keseluruhan kemajuan projek pada 86.9%.

Lepas Ini, EV Proton Dibuat Di Tanjung Malim

Kilang ini akan menggunakan platform Global Modular Architecture (GMA) dan model pertama yang dikeluarkan ialah PROTON e.MAS 7, diikuti PROTON e.MAS 5.

Kapasiti awal kilang ialah 20,000 unit setahun, dengan potensi untuk diperluas sehingga 45,000 unit.

Lebih 200 peluang pekerjaan baharu dijangka diwujudkan, khususnya dalam bidang industrialisasi EV dan perkhidmatan teknikal.

PROTON turut mendapat sokongan teknikal daripada rakan kongsi strategik, Geely, yang membantu dalam pemilihan peralatan, latihan kakitangan, serta memastikan standard pengeluaran setaraf global.

Berkaitan

  • Pelajar Sarawak, Ini Lokasi Sah Dan Cara Untuk Tebus 'Laptop' Percuma Anda
  • Proton Tubuh PICSB, Fokus Eksport Global
  • Proton X50 Baharu Dilengkapi RFID Touch ‘n Go Terus Dari Kilang

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Bawa Pulang Produk Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
©2026 WISER.MY