Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
11 Teleskop Hasilkan Imej Penuh 6 Planet Berbaris Yang Menakjubkan

11 Teleskop Hasilkan Imej Penuh 6 Planet Berbaris Yang Menakjubkan

Diterbitkan Januari 27, 2025 oleh ariff bukhari

Teleskop Angkasa James Webb NASA (JWST) berkongsikan imej menakjubkan yang memaparkan fenomena planet berbaris.

Fenomena yang dikenali sebagai penjajaran planet (planetary parade / planetary alignment) merupakan satu fenomena di mana terdapat beberapa planet yang dapat dilihat seakan-akan membentuk garisan lurus di langit dari perspektif pemerhati di Bumi.

Imej tersebut adalah hasil daripada imej-imej yang digabungkan hasil daripada imej yang dirakam dari 11 teleskop.

Hasilnya, ia menunjukkan imej penuh 6 planet berbaris bermula dari Matahari, Zuhal, Zuhrah, Neptun, Uranus, Musytari, dan Marikh.

11 Teleskop Hasilkan Imej Penuh 6 Planet Berbaris Yang Menakjubkan
11 Teleskop Hasilkan Imej Penuh 6 Planet Berbaris Yang Menakjubkan
Turut berjaya dirakam adalah Komet G3 Atlas yang menambahkan lagi keindahan imej angkasa tersebut.

Menurut Agensi Angkasa Malaysia (MYSA),  Peristiwa ini berlaku pada awal Januari 2025 dan akan dapat dilihat sehingga pertengahan bulan Februari 2025.

Malah ia boleh dilihat dengan mata kasar (bergantung pada cuaca).

Planet-planet yang dapat dilihat dengan mata kasar adalah Zuhrah di langit barat (paling terang), Zuhal (di sebelahnya), Musytari (hampir tegak di atas kepala) dan Marikh di langit timur.

Sebelum ini telah dilaporkan, Observatori Negara Langkawi (ONL) pada 20 Januari 2025 turut berjaya merakam fenomena menakjubkan ini dengan menggunakan kamera All-Sky.

Berkaitan

  • Bajet Bawah RM1700, Anda Mungkin Tak Menyesal Beli Redmi Note 14 Pro+ 5G
  • Siri Galaxy S25 Kini Rasmi - Snapdragon 8 Elite for Galaxy, Harga Bermula RM3,999
  • Kerajaan Setuju Diskaun 50% Bayaran Tol Sempena Tahun Baru Cina

Sumber: JWST

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Tawar 60,000 Pekerja Mereka Berhenti Sukarela Sambil Berbelanja Besar Pada AI
  • iOS 27.2 Tersedia Dengan Ciri Baharu, Lebih 160 Kelemahan Keselamatan Dibaiki
  • OpenAI Lancar GPT-6.1 Terra, Lebih Pantas Dengan Ketepatan Fakta Dipertingkat
  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
©2026 WISER.MY