Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Tol Rahmah_

Kerajaan Setuju Diskaun 50% Bayaran Tol Sempena Tahun Baru Cina

Diterbitkan Januari 24, 2025 · Dikemas kini Januari 24, 2025 oleh Amalina Athman

Kerajaan bersetuju memberikan diskaun 50% daripada kadar biasa bayaran tol sempena sambutan Tahun Baharu Cina 2025 bagi semua kenderaan Kelas 1 (persendirian).

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata potongan itu akan bermula 12.01 tengah malam, 27 Januari dan berakhir 11.59 malam, 28 Januari 2025 – dengan peruntukan bayaran pampasan kepada syarikat konsesi tol yang terlibat dianggar berjumlah RM20.08 juta.

Katanya, pengurangan tol 50% itu dipersetujui dalam Mesyuarat Kabinet hari ini, dan akan dilaksanakan di semua plaza tol, kecuali di sempadan negara, iaitu di Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan Plaza Tol Tanjung Kupang Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA).

Pengumuman saya sebelum ini berkenaan pemberian tol percuma musim perayaan yang sepatutnya berakhir pada perayaan Krismas 2024 adalah berdasarkan keputusan Mesyuarat Kabinet pada 20 Disember 2024. Bagaimanapun, Mesyuarat Jemaah Menteri pada hari ini bersetuju memberikan diskaun tol 50% sempena perayaan Tahun Baharu Cina 2025 selaras dengan agenda kerajaan dalam menjaga perpaduan dan kesejahteraan rakyat…

Nanta berkata pengurangan ini merupakan kesinambungan kepada bantuan tol musim perayaan yang telah diberikan oleh kerajaan bagi keempat-empat musim perayaan utama di Semenanjung sejak 2023.

Beliau berkata sepanjang tempoh tersebut, kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM356.18 juta sebagai pampasan bagi pelaksanaan bantuan Tol Percuma Musim Perayaan dari 2023 hingga 2024.

Lanjutan itu, Nanta berharap pengguna lebuh raya dapat memanfaatkan pengurangan kadar tol itu dengan sebaik-baiknya dan merancang perjalanan dengan sewajarnya bagi mengelak kesesakan lalu lintas semasa cuti panjang ini.

Berkaitan

  • Dah Tamat Waranti Tapi Masih Nak Jimat Duit Hantar Servis Peranti HUAWEI? Ini Berita Baik Untuk Anda
  • Tol Percuma Sebulan, Seksyen 2 Lebuhraya WCE Dibuka Mulai Tengah Malam Ini
  • Tiada Lagi Tol Percuma Musim Perayaan, Kerajaan Kaji Pendekatan Lebih Bersasar
  • Kerajaan Sedang Perinci Pemberian Tol Percuma Musim Perayaan Lebih Bersasar - PM Anwar

Sumber: Kementerian Kerja Raya

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
©2026 WISER.MY