Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone 16 Pro_wiser

$100 Juta Tak Cukup, Indonesia Jangka $1 Bilion Pelaburan Daripada Apple

Diterbitkan Disember 4, 2024 · Dikemas kini Disember 4, 2024 oleh Amalina Athman

Kerajaan Indonesia menjangkakan komitmen pelaburan $1 bilion (~RM4.47 bilion) daripada Apple, dalam bidaan terbaru gergasi teknologi itu untuk menarik balik larangan penjualan iPhone 16 di pasaran terbesar Asia Tenggara itu.

Indonesia sebelum ini mengharamkan penjualan telefon pintar itu kerana ia memerlukan produk yang dijual dalam negara terdiri daripada sekurang-kurangnya 40% komponen tempatan, yang dikatakan Apple tidak mematuhinya.

Menteri Pelaburan Indonesia Rosan Roeslani berkata jumlah itu sebagai “fasa pertama” perbelanjaan, sambil menambah bahawa kerajaan menjangkakan untuk menerima surat komitmen rasmi daripada syarikat itu dalam masa seminggu.

Sesiapa yang mendapat manfaat daripada jualan mesti melabur di sini, mencipta pekerjaan di sini. Apa yang penting ialah bagaimana rantaian nilai global (GVC) bergerak ke sini, kerana apabila ia berlaku, pembekal akan ikut serta.

Jika pelaburan itu disahkan kelak, ia akan menjadi peningkatan 10 kali ganda daripada jumlah yang ditawarkan bulan lepas. Pada mulanya, Apple mencadangkan tawaran yang jauh lebih kecil, iaitu sebanyak $10 juta untuk sebuah kilang yang menghasilkan aksesori dan komponen di Bandung.

Berkaitan

  • Ramai Cari Telefon Ni Sebab Kamera, Bajet Bawah RM2000 Sahaja
  • Apple Cadang Labur Sekitar RM43 Juta Untuk Bolehkan Jualan iPhone 16 Di Indonesia
  • Apple Dilapor Akan Tingkatkan Pelaburan Kepada $100 Juta Di Indonesia
  • Indonesia Mahu Pelaburan Lebih Besar Untuk Tarik Larangan Jualan iPhone 16

Sumber: Reuters

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • CelcomDigi Meterai Kerjasama 15 Tahun, Bakal Sediakan Sambungan Gentian Optik Di Kulim Hi-Tech Park
  • OpenAI Akan Satukan Had Penggunaan ChatGPT Dan Codex Mulai Disember
  • Maklumat Pelanggan Mungkin Terjejas Susulan Insiden Siber Amadeus - Malaysia Airlines
  • Pasport Malaysia 10 Tahun Kini Boleh Diperbaharui Melalui MyOnline Passport
  • Sarawak Energy Lancar 'Seri Batang Ai' - Bot Elektrik Pertamanya Dengan Panel Solar
  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
©2026 WISER.MY