Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
RTX 5090

ZOTAC Dilihat Sahkan Barisan Kad Grafik RTX 50, VRAM Sehingga 32GB

Diterbitkan Disember 17, 2024 oleh Amsyar Latif

Terdahulu, NVIDIA dilaporkan yang mereka menghentikan pengeluaran siri RTX 40 dan akan melancarkan siri RTX 50 lebih awal. Nampaknya kini ia mungkin benar.

Ini kerana, videocardz mendapati yang jenama ZOTAC telah menyenaraikan kad grafik siri RTX 50 di laman rasmi mereka. Melaluinya, terdapat lima model yang akan hadir dalam siri ini, iaitu GeForce RTX 5090, GeForce RTX 5090D (model untuk China), GeForce RTX 5080, GeForce RTX 5070Ti dan GeForce RTX 5070.

ZOTAC Dilihat Sahkan Barisan Kad Grafik RTX 50, VRAM Sehingga 32GB

Selain itu, ia juga dapat disahkan bahawa barisan kad grafik terbaru NVIDIA itu menggunakan memori GDDR7 dan kapasiti video memori sehingga 32GB.

RTX 5090 memori

Bagi yang tercari-cari, RTX 5060 tiada dalam senarai dan kebiasaannya NVIDIA akan melancarkan model ini sedikit lambat. Dari segi spesifikasi lain adalah teras CUDA sehingga 21760 dan penggunaan kuasa sekitar 500W ke 600W.

rtx 5090

Walau apa pun, hasil carian kami di laman rasmi ZOTAC, kad grafik tersebut sudah lagi tidak dipaparkan tetapi sekiranya membuat carian Google, akan dapat dilihat juga “RTX 5090”.

Berkaitan

  • Kira-Kira 150 GPU Nvidia RTX A6000 Digunakan Untuk Kuasakan Paparan LED Gergasi Las Vegas
  • Kad Grafik RTX 5090 Didakwa Hadir Dengan Penggunaan Kuasa 500W
  • Nak RM10 Percuma & Peluang Menang RM1 Juta? Ramai Terkejut Betapa Mudahnya MAE Ni!
  • Nvidia Dilapor Hentikan Pengeluaran GPU RTX 40, Akan Lancar RTX 50 Lebih Awal

Sumber: videocardz

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
  • Agoda Kini Ada Pembantu AI Untuk Bantu Rancang Percutian, Buat Tempahan
  • MakaKami, Direktori Baharu Yang Himpun Aplikasi Buatan Malaysia
  • MyCERT Kesan Trojan Windows Disebar Melalui WhatsApp - Fail ZIP Menyamar Sebagai Dokumen Kewangan
  • Penyelidik Bangunkan Implan Wayarles Kurangkan Gula Dalam Darah
  • Cara Dapatkan Spotify Pelajar
©2026 WISER.MY