Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image – Wiser Article – 2024-07-15T100103.126

Kad Grafik RTX 5090 Didakwa Hadir Dengan Penggunaan Kuasa 500W

Diterbitkan Julai 15, 2024 oleh Muhd Idham

Berdasarkan sumber daripada seasonic, mereka telah berjaya memperolehi maklumat terkini tentang spesifikasi yang akan ditawarkan siri kad grafik NVIDIA RTX 5000 yang mana dijangka akan dilancarkan pada akhir tahun 2024 ataupun awal tahun 2025.

Ia bermula daripada seorang pengguna X, Olrak29_ yang bertindak menyiarkan gambar ketersediaan siri kad grafik NVIDIA RTX 5000 sebagai pilihan di dalam kalkulator konfigurasi komputer di platform Seasonic.

https://x.com/Olrak29_/status/1812460326685638998

Setelah pemilihan komponen komputer dilengkapkan dengan pilihan GeForce RTX 5090 sebagai kad grafik, platform itu memperlihatkan spesifikasi kuasa yang diperlukan (TDP) untuk komponen ini adalah sebanyak 500W.

Screenshot 2024-07-15 092315
Foto: Seasonic

Untuk pengetahuan anda, kuasa yang diperlukan untuk menjalankan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 4090 adalah 450W yang mana 50W kurang daripada RTX 5090.

Kuasa yang diperlukan untuk model-model lain juga disediakan seperti di bawah.

  • NVIDIA GeForce RTX 5080 = TDP 350W
  • NVIDIA GeForce RTX 5070 = TDP 220W
  • NVIDIA GeForce RTX 5060 = TDP 170W
  • NVIDIA GeForce RTX 5050 = TDP 100W

Apa-apapun, kesemua maklumat yang diberikan ini akan dikongsikan oleh NVIDIA sendiri apabila siri kad grafik ini dilancarkan nanti.

Berkaitan

  • 5 Sebab Telefon Ini Jadi ‘Flagship Killer’ Penting 2024
  • YouTube Shorts Perkenal Ciri Sari Kata Automatik Seakan TikTok Dan 5 Ciri Baharu
  • Tesla Terbakar Hingga Rentung Di Stesen Pengecas Super Di AS, Api Sukar Dipadamkan
  • Anda Kini Boleh Meminta YouTube Alih Keluar Video AI Yang Palsukan Wajah Atau Suara Anda
  • Saluran YouTube Didi & Friends Malaysia Pula Digodam

Sumber: Seasonic

Rujukan: VideoCardz

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY