Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
msg sphere 4

Kira-Kira 150 GPU Nvidia RTX A6000 Digunakan Untuk Kuasakan Paparan LED Gergasi Las Vegas

Diterbitkan Julai 12, 2024 · Dikemas kini Julai 12, 2024 oleh ariff bukhari

Las Vegas Sphere atau nama rasminya, MSG Sphere adalah sebuah bangunan eksosfera yang diliputi dengan skrin LED terbesar di dunia.

Ia telah memukau orang ramai dengan imejan janaan komputer yang mempesonakan.

Tapi tahukah anda, untuk menguasakan paparannya yang besar itu,  lebih 100 GPU Nvidia digunakan.

Nvidia Dalam catatan blognya berkat, MSG Sphere menggunakan sekitar 150 kad grafik RTX A6000 untuk memancarkan visual di dalam dan di luar tempat seperti kubah eksosfera yang menelan belanja $2.3 bilion (~RM10.74 bilion) untuk dibina.

Kira-Kira 150 GPU Nvidia RTX A6000 Digunakan Untuk Kuasakan Paparan LED Gergasi Las Vegas

Nvidia telah melancarkan kad grafk RTX A6000 pada Disember 2020 dahulu yang kini berharga kira-kira $4,500 (~RM21,021) sekeping.

GPU stesen kerja itu kini digunakan untuk memaparkan kandungan untuk paparan 16k x 16K merentasi bahagian dalam Sphere, serta 1.2 juta keping LED boleh atur cara pada bahagian luar tempat itu.

GPU itu telah membantu Sphere memaparkan semua jenis imejan, selalunya untuk mempromosikan konsert atau acara khas di tempat tersebut.

Selain itu, Sphere telah menggunakan teknologi rangkaian Nvidia untuk menghapuskan sebarang kegagapan pada penstriman kandungan.

Ini termasuk menggunakan unit pemprosesan data Bluefield, syarikat dan perisian Nvidia Rivermax yang tertumpu pada penstriman media.

Kira-Kira 150 GPU Nvidia RTX A6000 Digunakan Untuk Kuasakan Paparan LED Gergasi Las Vegas
GPU Nvidia RTX A6000.

Walau bagaimanapun, Nvidia tidak menerangkan secara terperinci tentang cara GPU A6000 menjanakan visual di Las Vegas Sphere.

Syarikat itu menyatakan visual “distrim dalam masa nyata ke stesen kerja yang dipasang di rak yang dilengkapi dengan GPU Nvidia RTX A6000, mencapai prestasi yang belum pernah berlaku sebelum ini yang mampu menyampaikan tiga lapisan resolusi 16K pada 60 bingkai sesaat.”

Berkaitan

  • Satu-Satunya Di Dunia, Struktur Eksosfera Ini Diliputi Lebih 53,000 Meter Persegi Skrin LED
  • 5 Sebab Telefon Ini Jadi ‘Flagship Killer’ Penting 2024

Sumber: nvidia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Trump Kata Keputusan Nvidia Bawa Kembali Jensen Huang "Tepat Dan Wajar"
  • Jensen Huang Dilantik Semula Sebagai CEO Nvidia Berkuat Kuasa Serta Merta
  • MySiren Kini Dilancarkan, Amaran Kecemasan Dihantar Terus Ke Telefon Dalam Kurang Seminit
  • CIMB OCTO Kini Boleh Anggar Jejak Karbon Daripada Perbelanjaan Kad
  • Wise Naikkan Had e-Wallet Kepada RM50,000, Tertinggi Di Malaysia
  • JPJ Wajibkan Pengguna Kemas Kini Maklumat Profil, Persediaan Untuk Ciri Digital Baharu
  • Signal Tambah Perlindungan Skrin Untuk Hadkan Akses Pembantu AI Seperti Gemini, Siri AI
  • CARSOME Premium Dilancar, Kereta Terpakai BMW Dan Mercedes-Benz Dengan Waranti Sehingga 5 Tahun
©2026 WISER.MY