Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Zeekr, No.1 Premium EV Brand

Zeekr Perkukuh Kehadiran Di Malaysia Dengan Tiga Pengedar Baharu

Diterbitkan Julai 13, 2026 · Dikemas kini Julai 13, 2026 oleh Amsyar Latif

Zeekr Malaysia mengumumkan peluasan rangkaian pengedarnya dengan melantik tiga rakan pengedar baharu bagi memperkukuh kehadiran jenama itu di seluruh negara.

Tiga syarikat yang dilantik ialah Quantum Motors Sdn. Bhd. yang akan mengendalikan cawangan di IOI City Mall, Seremban dan Kuala Lumpur Utara, Wheelcorp Premium Sdn. Bhd. di Setia Alam serta Ghee Hua Co. Sdn. Bhd. di Kuching.

Zeekr New Dealership Appointment_Image 1
Zeekr New Dealership Appointment_Image 2
Zeekr New Dealership Appointment_Image 3

Melalui penambahan ini, Zeekr Malaysia mahu meningkatkan akses pelanggan kepada pusat jualan serta perkhidmatan selepas jualan, sekali gus menawarkan pengalaman pemilikan EV premium yang lebih menyeluruh.

Sehingga Julai 2026, Zeekr mempunyai 11 pusat jualan di Malaysia menerusi rangkaian pengedar sedia ada termasuk di Petaling Jaya, Puchong, KLCC, Bangsar, Mutiara Damansara, Juru Autocity, Sunway City, Melaka dan Ipoh. Syarikat itu menyasarkan untuk mengembangkan rangkaian tersebut kepada 18 cawangan di seluruh negara menjelang penghujung 2026.

Menurut Pengurus Besar Zeekr Intelligent Technology Malaysia, Eddy Lu, pengembangan rangkaian pengedar ini bukan sahaja memperluaskan kehadiran jenama, malah memastikan pelanggan menerima pengalaman premium bermula daripada pembelian sehingga sokongan selepas jualan.

Langkah ini dibuat ketika Zeekr terus memperkukuh portfolio EV premiumnya di Malaysia menerusi model seperti Zeekr X, Zeekr 7X, Zeekr 009, serta pembukaan tempahan Zeekr 9X dan Zeekr 009 Grand.

Berkaitan

  • Zeekr Kini Jenama EV Premium No.1 Di Malaysia
  • Zeekr Buka Tempahan Model 009 Grand Dan 9X, Harga Bermula RM600,000
  • Zeekr X (2026) Dilancar Di Malaysia – Lebih Berkuasa, Harga Bermula RM158,800

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • CARSOME Premium Dilancar, Kereta Terpakai BMW Dan Mercedes-Benz Dengan Waranti Sehingga 5 Tahun
  • Pengesahan Pembangun Android Diperluas Ke Seluruh Dunia, Pelaksanaan Bermula Januari 2027
  • MyCERT Kesan Scam Bantuan Laptop Percuma, Laman STR Palsu - Akaun Telegram Jadi Sasaran
  • Jenama Telefon Terkini Dengan Android Asli
  • YTL Nafi Dakwaan Pusat Data Bantu Pemindahan GPU Nvidia Kepada Pelanggan China
  • 10 Model Telefon Pintar 2026 Dengan Kamera Terbaik Menurut DXOMARK
  • 7 Pengasas Anthropic Kini Pegang Kepentingan Syarikat Bernilai Lebih RM88 Bilion Seorang
  • TikTok Lancar Ciri Kesan Deepfakes Bantu Pengguna Kenal Pasti Kandungan AI
©2026 WISER.MY