Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Image_Zeekr 5,000 Milestone_5

Zeekr Malaysia Perkenal Waranti Lanjutan, Pengecasan RM1.20/kWh Sempena 5,000 Penghantaran EV

Diterbitkan Ogos 4, 2026 oleh Amsyar Latif

Zeekr Malaysia meraikan pencapaian 5,000 penghantaran kenderaan elektrik (EV) di negara ini dengan mengumumkan beberapa inisiatif baharu bagi meningkatkan pengalaman pemilikan pelanggan.

Antara yang diperkenalkan ialah Program Waranti Lanjutan (Extended Warranty Programme) yang kini ditawarkan kepada pemilik baharu dalam tempoh tujuh hari selepas menerima kenderaan.

Menariknya, pemilik Zeekr sedia ada turut diberi peluang membeli pakej tersebut sehingga 30 September 2026.

Program ini ditawarkan dalam dua pilihan iaitu Silver Plan, yang memanjangkan Waranti Kenderaan dan Waranti Komponen Voltan Tinggi kepada 8 tahun atau 160,000 km, serta Gold Plan yang menawarkan perlindungan sehingga 8 tahun atau 180,000 km.

Semua pembaikan akan dijalankan di pusat servis bertauliah menggunakan alat ganti tulen Zeekr.

Selain itu, Zeekr Malaysia turut menawarkan pemeriksaan kesihatan EV secara percuma di semua pusat servis sah sehingga 30 September 2026.

Pemeriksaan merangkumi sistem bateri utama, rangkaian kuasa elektrik, sistem BCM, bateri voltan rendah dan pemeriksaan bahagian bawah kenderaan.

Dalam masa sama, syarikat itu turut melancarkan Zeekr Power, iaitu ekosistem pengecasan pantas khusus untuk pemilik Zeekr.

Dalam tempoh tiga tahun akan datang, Zeekr menyasarkan pembukaan 30 stesen pengecasan Zeekr Power di seluruh Malaysia.

Image_Zeekr 5,000 Milestone_1

Sebagai permulaan, Zeekr bekerjasama dengan DC Handal bagi menyediakan pengecas DC sehingga 400 kW di beberapa lokasi termasuk Amanjaya Mall (Sungai Petani), Sunway Carnival Mall (Pulau Pinang), MH Hotel (Ipoh) dan Sunway Pyramid (Petaling Jaya).

Dua lagi lokasi di Plaza Tol PLUS Sungkai dan Plaza Tol PLUS Bukit Gambir pula sedang dibangunkan dan dijangka siap pada suku keempat tahun ini.

Sempena pelancarannya, pemilik Zeekr turut menikmati kadar pengecasan eksklusif RM1.20/kWh di stesen Zeekr Power × DC Handal yang mengambil bahagian.

Berkaitan

  • Zeekr Malaysia Jalin Kerjasama Dengan DC Handal – Sasar Perluas Rangkaian Pengecasan Pantas Lebuhraya Utara-Selatan
  • Zeekr Perkukuh Kehadiran Di Malaysia Dengan Tiga Pengedar Baharu

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY