Zack Snyder's Justice League - Peminat Akhirnya Disajikan Versi Asli Justice League

Para peminat filem DC akhirnya akan disajikan filem "Justice League" dari visi sebenar pengarah asli, Zack Snyder pada tahun 2021. Setelah bertahun-tahun timbul spekulasi dan mendapat sambutan dari peminat, "Zack Snyder's Justice League" bakal disiarkan di HBO Max.

zack snyder's justice league Kapsyen: Zack Snyder & Deborah Snyder


Zack Snyder dan pasangan produksi yang juga isterinya, Deborah Snyder adalah antara orang-orang penting dalam menjayakan filem baru ini.

Sepanjang sebulan yang lalu, pasangan Snyder telah beberapa kali memberi kenyataan tentang filem ini. Akhirnya baru-baru ini di acara maya DC Fandome, Zack telah berkongsi dengan lebih mendalam lagi tentang hal ini, seiring dengan melancarkan video acah terbaru Justice League.

Justice League (2017)




Filem Justice League sebelum ini merupakan filem ketiga dalam trilogi yang termasuk Man of Steel (2013) dan Batman v Superman: Dawn of Justice (2016), yang menghimpunkan Batman (Ben Affleck) dan Superman (Henry Cavill) bersama Wonder Woman (Gal Gadot), Aquaman (Jason Momoa), The Flash (Ezra Miller), dan Cyborg (Ray Fisher).

Mereka dalam misi untuk menyelamatkan dunia dari penjahat, Steppenwolf (Ciarán Hinds). Steppenwolf adalah Dewa Baru yang mencari tiga "Mother Boxes" yang akan membolehkannya mengubah Bumi menjadi tempat tinggalnya dan pasukannya, Parademons.

zack snyder's justice league Kapsyen: Joss Whedon


Zack melengkapkan semua fotografi utama dan telahpun memasuki pasca produksi. Namun dia mengundurkan diri sebagai pengarah pada Mei 2017, berikutan kematian anak perempuannya. Oleh itu, studio produksi beralih ke Joss Whedon untuk menyelesaikan filem ini.

Joss menulis semula skrip, menambahkan sekitar 80 halaman, dan melakukan penggambaran semula, dengan membawa lebih kelucuan dan nada yang lebih terang dan berbeza. Joss juga telah memotong lebih 90 minit rakaman asli Zack untuk menampung masa 120 minit yang diminta studio.

Filem tersebut akhirnya telah mendapat kritikan di mana pengkritik menggelarnya sebagai filem "Frankestein", yang kelihatan bergelut untuk menggabungkan versi-versi yang sangat berlainan dari dua pengarah.

Justice League versi Zack Snyder


zack snyder's justice league

Semasa acara maya DC Fandome diadakan, Zack Snyder mengesahkan bahawa rakamannya akan disiarkan di platform striman HBO Max, dalam empat bahagian, satu jam bagi setiap bahagian.

Selain menampilkan nada yang lebih gelap, Zack menyatakan bahawa watak Steppenwolf telah diubah suai semula. Tambahan lagi, yang akan menjadi antagonis utama adalah pak cik kepada Steppenwolf, iaitu Darkseid yang akan dimainkan oleh Ray Porter.

Kapsyen: Darkseid


Ezra Miller dan Ray Fisher turut hadir pada acara itu, dan Zack menyatakan watak-watak mereka juga akan lebih diperlihat dalam filemnya nanti. The Flash akan "lebih banyak emosi," dan Cyborg akan menjadi "nadi filem". Menurut Zack, "He holds the team together in a lot of ways and I'm excited for fans to see how it's realized."

Hal ini semestinya menggembirakan Ray Fisher. Ini disebabkan baru-baru ini, dia pernah melepaskan kekecewaan terhadap sikap Joss Whedon sewaktu penggambaran Justice League selepas ketiadaan Zack.

https://twitter.com/ray8fisher/status/1278362556214755329

Zack Snyder's Justice League bakal debut di platform striman HBO Max pada awal hingga ke pertengahan tahun 2021. Anda boleh saksikan video acah pertama Zack Snyder's Justice League di bawah.

https://youtu.be/z6512XKKNkU

Sumber: Insider & The Hollywood Reporter

Baca lagi: Dragon’s Dogma, Permainan Video Diadaptasi Menjadi Siri Netflix