Dragon's Dogma, Permainan Video Diadaptasi Menjadi Siri Netflix



Siri anime Dragon's Dogma akan tiba di Netflix tidak lama lagi. Netflix mengumumkan di Twitter bahawa adaptasi dari permainan video aksi memburu naga dari Capcom itu akan dilancarkan pada 17 September.

Menurut keterangan plot Netflix, siri itu akan bermula di mana Dragon tidak menyerang selama lebih dari 100 tahun. Secara tiba-tiba, Dragon muncul kembali dan menyerang sebuah kampung kecil. Seorang penduduk kampung bernama Ethan cuba melindungi keluarganya, tetapi semuanya tidak berjalan lancar. Daripada mati, Ethan menjadi Arisen dan memulakan misi membunuh Dragon dengan bantuan Pawn, makhluk yang hanya wujud untuk memburu Dragon.

https://twitter.com/NXOnNetflix/status/1283181094989295616

Kisah Arisen yang cuba untuk membunuh Dragon hampir sama dengan plot permainan video yang asli, tetapi siri Netflix ini nampaknya menampilkan banyak karakter baru. Dalam misi untuk menentang Dragon, Ethan juga akan menghadapi pelbagai raksasa yang bertemakan tujuh dosa yang mematikan - juga tambahan baru untuk siri itu.

Siri Dragon's Dogma dibawakan oleh Netflix oleh studio animasi Sublimation, salah satu studio animasi Jepun yang bekerjasama dengan Netflix tahun lepas. Sublimation mengkhususkan penggunaan animasi CG, namun Netflix mengumumkan bahawa siri itu akan bercampur dengan animasi 2D yang lebih tradisional juga.

Saksikan video acah siri Dragon's Dogma yang baru sahaja ditayangkan oleh Netflix Asia di YouTube.

https://www.youtube.com/watch?v=ngebNhckOc8

Nantikan siri anime ini yang bakal ditayangkan bermula 17 September 2020 di Netflix.

Sumber: Screenrant & Polygon

Baca lagi: 10 Siri Anime Terbaik Anda Boleh Tonton Di Netflix