Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
YouTube Design_wisermy

Ikut Jejak Spotify, YouTube Juga Akan Tanda Kandungan Buatan AI Secara Automatik

Diterbitkan Mei 28, 2026 · Dikemas kini Mei 28, 2026 oleh ariff bukhari

YouTube pada hari Rabu memaklumkan bahawa platform itu akan mengesan kandungan buatan kecerdasan buatan (AI) secara automatik dan meletakkan tanda amaran (flag) untuk makluman para penontonnya pada masa hadapan.

Langkah terbaharu oleh syarikat milik Google ini mengubah polisi terdahulu, yang mana sebelum ini mereka hanya bergantung kepada pengisytiharan kendiri oleh pencipta video sekiranya menggunakan alatan AI generatif.

“Jika seseorang pencipta kandungan tidak menyatakan sama ada mereka menggunakan AI atau tidak, tetapi sistem kami mengesan penggunaan AI fotorealistik yang ketara, kami kini akan meletakkan label tersebut secara automatik,” jelas YouTube dalam satu hantaran blog.

Langkah terakhir platform video tersebut berkaitan AI generatif adalah pada tahun 2024, apabila ia meminta para pencipta kandungan untuk menandakan sendiri video yang menggunakan teknologi berkenaan.

Sejak itu, perkembangan teknologi dalam menghasilkan imej dan video fotorealistik telah melonjak dengan sangat pesat, dipacu oleh model AI yang kini boleh diakses secara meluas termasuk Veo 3.1 daripada Google dan Seedance daripada syarikat induk TikTok, ByteDance.

YouTube turut menyatakan bahawa para pencipta kandungan boleh mengemukakan rayuan sekiranya mereka merasakan video mereka telah dilabel sebagai AI secara tidak adil.

Selain itu, platform berkenaan menegaskan bahawa label amaran tersebut tidak akan memberikan sebarang kesan terhadap algoritma cadangan video (video recommendation) kepada pengguna.

Antara platform dan rangkaian media sosial lain yang baru-baru ini turut memperkenalkan fungsi penandaan automatik bagi kandungan AI termasuklah aplikasi penstriman muzik, Spotify.

Lambakan imej, video, atau audio buatan AI kini memenuhi ruang siber, dan kandungannya menjadi semakin sukar untuk dibezakan dengan hasil ciptaan manusia memandangkan keupayaan alatan teknologi tersebut yang kian canggih. – AFP

Berkaitan

  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • YouTube Premium Lite Kini Ditawarkan Di Malaysia, Harga RM12.90/Bulan
  • Google AI Pro Kini Sertakan YouTube Premium Lite Tanpa Caj Tambahan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
  • Liputan ULTRA5G U Mobile Kini Menjangkau Kira-Kira 2.3 Juta Penduduk Di Sabah
  • Ini 10 Telefon Pintar Android Paling Berkuasa Dalam Ranking AnTuTu Setakat Oktober 2026
  • LUMOS Lancar 4 Model Tablet Mampu Milik, Harga Bermula RM399
  • Ledakan AI Ubah Kuasa Rundingan Pembekal Cip, Apple Kini Berdepan Kos Lebih Tinggi
©2026 WISER.MY