YouTube terus memperkenalkan ciri baharu berkuasa AI dengan pelancaran Ask YouTube dan Gemini Omni semasa Google I/O 2026 baru-baru ini.
Ask YouTube membolehkan pengguna bertanya soalan yang lebih kompleks dan panjang secara perbualan. Contohnya, “Bagaimana cara ajar anak kecil menunggang basikal?” atau “Apa cadangan permainan cozy terbaik untuk main sebelum tidur?”. Pengguna boleh terus bertanya soalan susulan untuk menapis hasil carian.

Ciri ini akan mengumpulkan video paling relevan daripada keseluruhan katalog YouTube (termasuk video panjang dan Shorts) dan memberikan jawapan yang terstruktur serta interaktif.

Ask YouTube kini tersedia untuk pengguna YouTube Premium berumur 18 tahun ke atas di Amerika Syarikat, dan akan dilancarkan kepada semua pengguna tidak lama lagi.
Selain itu, YouTube memperkenalkan Gemini Omni dalam Shorts Remix dan aplikasi YouTube Create.
Ciri ini membolehkan pengguna remix Shorts dengan mudah menggunakan arahan teks dan imej, sambil mengekalkan konteks video asal. Semua Shorts yang sudah remix akan mempunyai tera air digital dan pautan kembali ke video asal. Pencipta juga boleh memilih untuk tidak membenarkan visual remix.
Menurut YouTube, ciri-ciri baharu ini bertujuan menjadikan platform lebih mudah digunakan untuk mencari maklumat serta lebih kreatif untuk mencipta kandungan.
{suggest}
