Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google content forum

Lepas Ini Kandungan Tak Sesuai Di YouTube Akan Disemak Lebih Cepat Di Malaysia

Diterbitkan Julai 25, 2025 ยท Dikemas kini Julai 25, 2025 oleh Amsyar Latif

Google mengumumkan bahawa Content Forum, badan kawal selia kendiri industri di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), kini menyertai Program Priority Flagger.

Kerjasama ini bertujuan menyokong usaha Malaysia dalam mewujudkan persekitaran digital yang lebih selamat.

Melalui program ini, Content Forum diberikan akses kepada saluran khas bagi melaporkan kandungan yang berpotensi melanggar dasar di YouTube dan Google.

Kandungan yang dilaporkan akan diberi keutamaan untuk disemak. Content Forum juga akan terlibat dalam memberikan maklum balas terhadap dasar kandungan Google dan YouTube, dengan mengambil kira konteks budaya tempatan.

Menurut Google Malaysia, kerjasama ini menambah lapisan kepakaran tempatan yang penting dalam menangani isu kandungan secara lebih tepat.

Bagi pihak Content Forum, langkah ini membolehkan mereka bertindak lebih proaktif dalam memastikan kandungan yang melanggar dasar dapat dikenal pasti dan disemak dengan segera.

Berkaitan

  • Cara 'Install' Play Store Di Peranti Huawei
  • OpenAI Sahkan ChatGPT Akan Guna Google Cloud
  • AI Google Ubah Corak Carian Pengguna, Trafik Web Terus Menjunam

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
©2026 WISER.MY