Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
YouTube Premium_wisermy

YouTube Premium Naik Harga Lagi Di Amerika Syarikat

Diterbitkan April 11, 2026 ยท Dikemas kini April 11, 2026 oleh Amsyar Latif

YouTube kini dilihat menaikkan harga langganan Premium bagi pasaran Amerika Syarikat (AS). Menurut laporan daripada pengguna AS, pelan individu di AS kini meningkat kepada USD15.99, manakala pelan keluarga mencecah USD26.99 sebulan.

Kenaikan drastik ini mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan pengguna di sana yang menyifatkan perkhidmatan tersebut semakin mahal dan ramai yang mula ingin membatalkan langganan.

YouTube Premium Naik Harga Lagi Di Amerika Syarikat
Foto: reddit

Walau bagaimanapun, situasi di Malaysia setakat artikel ini ditulis, ia masih kekal tenang tanpa sebarang pengumuman kenaikan baharu.

Harga langganan di pasaran tempatan nampaknya masih mengekalkan kadar yang ditetapkan sejak pelarasan terakhir pada September 2024.

Buat masa ini, pelan individu kekal pada RM20.90, manakala pelan keluarga bagi lima ahli berharga RM41.90 sebulan. Bagi golongan pelajar, kadar RM12.90 sebulan masih dikekalkan sebagai pilihan paling mampu milik.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • FIFA Umum YouTube Sebagai Platform Rasmi Piala Dunia 2026
  • YouTube Hampiri 3 Bilion Pengguna, Netflix Cecah 1 Bilion

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6" Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
  • Pengguna MAE Kini Boleh Bayar QR Di 8 Destinasi luar Negara
  • Pelajar MRSM Perak Menang RM47,000 Hasil Inovasi Bantu OKU Cacat Penglihatan
  • Pra Tempah 2 Pembesar Suara Mudah Alih CMF Baharu Ini Kini Dibuka Bermula RM259
©2026 WISER.MY