Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
YouTube Premium_wisermy

YouTube Premium Di Malaysia Naik Harga

Diterbitkan September 21, 2024 · Dikemas kini September 21, 2024 oleh Amalina Athman

Youtube nampaknya kini telah menaikkan harga langganan YouTube Premium di beberapa negara, termasuk Malaysia.

Untuk rekod, langganan bulanan YouTube Premium sebelum ini ditawarkan pada RM17.90 bagi individu, RM33.90 untuk keluarga serta RM10.90 bagi pelajar.

Dengan kemas kini harga baharu, langganan YouTube Premium naik kepada RM20.90 (individu), RM41.90 (keluarga) dan RM12.90 (pelajar).

YouTube Premium 2024

Selain itu, harga langganan YouTube Premium menerusi Apple App Store juga menunjukkan peningkatan, dengan pelan individu dan keluarga masing-masing kini berharga RM26.90/bulan dan RM54.90/bulan.

YouTube Premium App Store_2024

Menurut YouTube, ahli baharu akan dikenakan harga seperti yang dipaparkan dalam tawaran semasa mendaftar. Sementara untuk ahli sedia ada, kadar bulanan baharu akan dicaj semasa kitaran pengebilan pertama yang berlaku, sekurang-kurangnya 30 hari selepas kenaikan harga pelan.

Berkaitan

  • Google Batalkan YouTube Premium Yang Dilanggan Lebih Murah Melalui VPN
  • Pengguna YouTube Premium Kini Boleh Cuba Ciri 'Sleep Timer'
  • Ramai Tak Tahu Aplikasi Suntingan Video Di Windows Ini, Ada AI Dan Percuma Je
  • Ramai Tak Tahu Tawaran Eksklusif iPhone 16 di iTworld, Jangan Terlepas

Sumber: YouTube

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6" Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
  • Pengguna MAE Kini Boleh Bayar QR Di 8 Destinasi luar Negara
©2026 WISER.MY