Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
FIFA YOUTUBE

FIFA Umum YouTube Sebagai Platform Rasmi Piala Dunia 2026

Diterbitkan Mac 19, 2026 · Dikemas kini Mac 19, 2026 oleh Amsyar Latif

YouTube secara rasmi diumumkan sebagai “Preferred Platform” bagi Piala Dunia FIFA 2026 menerusi kerjasama bersama FIFA.

Melalui kolaborasi ini, YouTube akan menjadi antara platform utama untuk peminat mengikuti kandungan berkaitan kejohanan tersebut, termasuk video rasmi, sorotan perlawanan dan kandungan eksklusif daripada rakan media serta pencipta kandungan.

Buat pertama kali dalam sejarah Piala Dunia, rakan media turut diberi pilihan untuk menyiarkan 10 minit pertama setiap perlawanan secara langsung di YouTube. Selain itu, beberapa perlawanan terpilih juga boleh distrim sepenuhnya di platform tersebut.

FIFA juga akan membuka akses kepada arkib digital mereka di YouTube, termasuk perlawanan lama penuh dan detik ikonik bola sepak, sebagai sebahagian usaha mendekatkan peminat dengan sejarah kejohanan.

Kerjasama ini turut melibatkan pencipta kandungan global yang akan diberikan akses khas untuk menghasilkan video seperti analisis taktikal, kisah di sebalik tabir dan perspektif unik sepanjang kejohanan berlangsung.

Menurut FIFA, langkah ini bertujuan memperluas capaian global dan menawarkan pengalaman lebih interaktif kepada peminat, selari dengan perubahan landskap media digital.

Piala Dunia FIFA 2026 akan berlangsung di Kanada, Mexico dan Amerika Syarikat.

Berkaitan

  • ‘Hype’ Atau Tidak, Ini Yang OPPO Reno15 Sebenarnya Boleh Buat
  • YouTube Bukan Media Sosial, Bukan Punca Ketagihan - Peguam
  • Google Perkenal Iklan YouTube 30 Saat Tidak Boleh 'Skip' Untuk TV

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Mini PC ASUS ProArt GR1X Dengan NVIDIA RTX Spark Berharga RM25,200 Di Malaysia
  • Tiga Angkasawan Termasuk Seorang Dari Pakistan Berjaya Berlepas Ke Stesen Angkasa Tiangong
  • YTL AI Lab Lancar Cikgu ILMU, AI Percuma Bantu Ibu Bapa Bimbing Pembelajaran Anak
  • XPENG Perkenal WorldGPT, Model AI Fizikal Untuk Kereta, Robot Dan Dron
  • Kioxia Bangunkan Memori Flash Baharu, 135% Lebih Cekap Tenaga Ketika Membaca Data
  • Samsung Lancar Monitor Gaming Dengan Kadar Segar Semula 1,100Hz Pertama Di Dunia
  • Kerajaan Teliti Pindaan Undang-Undang Bagi Paparan Kad Pengenalan Secara Digital – Gobind
  • Huawei Bebas Tuduhan Jenayah Terancang Di AS, Bersalah Atas 10 Pertuduhan Lain
©2026 WISER.MY