Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Youtube Live HDR

Murah Dan Tiada Iklan, YouTube Akan Tawar Langganan ‘Premium Lite’

Posted on Ogos 2, 2021Ogos 2, 2021

Kebanyakan perkhidmatan yang diberikan secara percuma pasti ada beberapa ‘kekurangan’. Sebagai contoh, menonton video YouTube secara percuma tetapi ada iklan.

Jika mahu menikmati video tanpa gangguan iklan, bayaran langganan harus dilakukan. Oleh itu, YouTube kini sedang menguji sebuah langganan baharu yang dinamakan ‘Premium Lite’ di Belgium, Denmark, Finland dan beberapa negara eropah yang lain.

YouTube menyatakan, ia menawarkan tontonan tanpa iklan buat semua platform web, iOS, Android, smart TV, konsol dan aplikasi YouTube Kids.

Pun begitu, ciri premium lain seperti ‘background playback’, muat turun luar talian (offline) serta YouTube Music tidak termasuk dalam langganan ini.

Oleh yang demikian, langganan ini amat sesuai bagi pengguna yang hanya mahu menggunakan YouTube semata-mata dan tidak kisah kehilangan ciri yang lain, asalkan video tiada iklan.

Harga langganan Premium Lite di eropah adalah €6.99 (~RM35.11) berbanding €11.99 (~RM60) sebulan untuk YouTube Premium. Bermakna, jika di Malaysia, mungkin kita akan menerima langganan lebih murah selepas ini.

Sumber: verge

Baca juga artikel berkaitan:

  • Peranti Android Terdahulu Tidak Lagi Boleh Menggunakan Aplikasi Dan Servis Google
  • Kenapa Ada Iklan Dalam Youtube Parlimen Malaysia?
  • YouTube Perkenal Super Thanks – Sumbang Wang Kepada YouTuber

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress