Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
harga youtube premium

Pengguna YouTube Premium Kini Boleh Cuba Ciri ‘Sleep Timer’

Diterbitkan Ogos 12, 2024 · Dikemas kini Ogos 12, 2024 oleh Amalina Athman

Pada Jun, YouTube dilaporkan bakal menambah sokongan untuk ciri sleep timer atau pemasa tidur. Dalam perkembangan terbaru, ciri itu kini tersedia sebagai percubaan dan boleh diakses oleh pengguna YouTube Premium.

Dengan ciri ini, pengguna boleh menetapkan pemasa untuk menghentikan main balik (playback) secara automatik selepas tempoh masa tertentu.

Ciri pemasa tidur sudah pun boleh diuji oleh pengguna Premium sehingga 2 September 2024.

Caranya, pergi ke bahagian profil, pilih “Your Premium benefits” dan tekan “Try experimental new features”. Atau lebih mudah, pergi sahaja ke pautan INI dan klik “Try it out” pada ciri yang ingin diuji.

sleep timer Youtube_6
sleep timer Youtube_4
sleep timer Youtube_5

Setelah itu, buka YouTube Premium pada peranti mudah alih atau desktop dan navigasi ke bahagian menu tetapan. Kemudian, tetapkan “Sleep Timer” atau pemasa tidur dalam pilihan tempoh yang tersedia – 10 minit, 15 minit, 20 minit, 30 minit, 45 minit dan 60 minit, serta berhenti pada penghujung video.

Berkaitan

  • Aplikasi YouTube Mungkin Akan Hadir Dengan Ciri 'Sleep Timer'
  • YouTube Shorts Perkenal Ciri Sari Kata Automatik Seakan TikTok Dan 5 Ciri Baharu
  • Anda Kini Boleh Meminta YouTube Alih Keluar Video AI Yang Palsukan Wajah Atau Suara Anda
  • Pengguna Yang Menyekat Iklan Dakwa Melihat 'Iklan Hitam' Di YouTube
Sumber: Android Authority

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY