Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Batalkan YouTube Premium Yang Dilanggan Lebih Murah Melalui VPN

Google Batalkan YouTube Premium Yang Dilanggan Lebih Murah Melalui VPN

Diterbitkan Jun 20, 2024 · Dikemas kini Jun 20, 2024 oleh Amalina Athman

Google nampaknya kini mengambil tindakan tegas dengan membatalkan keahlian YouTube Premium yang dilanggan lebih murah melalui perkhidmatan VPN.

Berkaitan

  • YouTube Tengah Uji Guna Google Lens Untuk Carian Video
  • YouTube Sedang Cuba 2 Cara Baharu Dalam Usaha Sekat 'Adblock' Dan Aplikasi Pihak Ketiga
  • 5 Sebab Telefon Ini Jadi ‘Flagship Killer’ Penting 2024

Di Reddit, seorang pengguna mendakwa telah menerima e-mel yang menyatakan bahawa keahlian YouTube Premium dibatalkan secara tiba-tiba.

Sementara pengguna lain menyatakan bahawa perkara itu disahkan adalah berkaitan langganan melalui VPN yang lebih murah. Menurut pemilik akaun McNuggetty, khidmat pelanggan YouTube menyatakan bahawa pengguna “berpindah” ke lokasi yang berbeza daripada didaftarkan (Ukraine tetapi menetap di UK).

Berikutan itu, perkhidmatan Premium telah dibatalkan sehingga pengguna mendaftar dengan kad dan alamat di UK.

Reddit YouTube Premium

Sebagai contoh, langganan pelan Individu YouTube Premium di UK berharga £12/bulan (~RM71.69), manakala di Ukraine berharga 99 UAH/bulan (~RM11.51) atau sekitar £1.93.

Jika dibandingkan di UK, harga langganan yang ditawarkan di Malaysia juga adalah jauh lebih murah – berharga RM17.90/bulan atau kira-kira £3.

Walaupun memerlukan kad pembayaran antarabangsa supaya langganan akan terus berfungsi selepas pendaftaran menggunakan VPN, ia memberikan penjimatan berganda berbanding bayaran dalam mata wang tempatan.

Namun, tindakan tegas Google nampaknya akan menghalang lebih ramai pengguna daripada melakukan perkara itu. Bermakna, jika anda salah seorang yang menggunakan VPN untuk mendapatkan harga langganan YouTube Premium lebih murah, terdapat kemungkinan besar keahlian akan dibatalkan.

Sementara itu, pihak Google setakat ini belum memberikan kenyataan rasmi berhubung langkah berkenaan.

Sumber: Android Authority

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY