Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
YouTube Music

YouTube Music Tambah Ciri Baharu Pada Halaman Artis

Diterbitkan Januari 14, 2025 ยท Dikemas kini Januari 14, 2025 oleh Amsyar Latif

YouTube Music kini memperkenalkan ciri baharu bernama Top Songs Carousel pada halaman artis, menggantikan senarai lima lagu teratas yang digunakan sebelum ini.

Melalui reka bentuk baharu ini, lagu-lagu dipaparkan dalam format karusel, mirip dengan ciri seperti Trending dan Long Listens.

Pengguna boleh melihat empat lagu pada satu masa dengan sehingga 20 lagu dipaparkan dalam lima halaman.

Selain itu, terdapat butang “Play all” yang membolehkan pengguna memainkan semua lagu sekali gus atau ikon chevron untuk melihat senarai penuh.

photo_2025-01-14 16.38.50
YouTube Music
photo_2025-01-14 16.38.52
Apple Music

Menerusinya, ia adalah mirip dengan yang ditawarkan dalam Apple Music. Jadi, penambahan fungsi ini adalah sesuatu yang menarik dilakukan oleh YouTube.

Bagi yang tertanya-tanya, ciri tersebut kini tersedia secara meluas untuk pengguna Android dan iOS, memudahkan pencarian dan menikmati lagu-lagu artis kegemaran dengan lebih cepat dan mudah.

Berkaitan

  • Ini Cara vivo Hasilkan Telefon Nipis 7mm Dengan Bateri 5500mAh
  • Ciri-Ciri Baharu YouTube Yang Anda Perlu Tahu
  • X Dan YouTube Masih Belum Mohon Lesen Untuk Beroperasi Di Malaysia
  • Delta Air Lines Umum Akses Percuma YouTube Premium Dan Music Dalam Penerbangan

Sumber: 9to5google

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MyCERT Kesan Trojan Windows Disebar Melalui WhatsApp - Fail ZIP Menyamar Sebagai Dokumen Kewangan
  • Penyelidik Bangunkan Peranti Wayarles Yang Mungkin Dapat Bakar Lebihan Gula Dalam Darah Pesakit Diabetis Jenis 2
  • Cara Dapatkan Spotify Pelajar
  • 10 Laman Web Rujukan Akademik Yang Boleh Digunakan Pelajar
  • Reddit Bakal Utamakan Pengguna Log Masuk, Akses Tanpa Akaun Mungkin Dihadkan
  • Harga Telefon Pintar Semakin Mahal, Pengguna Terpaksa Setia Dengan Model Lama
  • Pengguna Kini Boleh Jana, Sunting Pelbagai Jenis Fail Secara Terus Dalam Gemini
  • Pengguna Di Malaysia Akan Mula Melihat Iklan Dalam Google AI Mode
©2026 WISER.MY