Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
social media 2024_

X Dan YouTube Masih Belum Mohon Lesen Untuk Beroperasi Di Malaysia

Diterbitkan Januari 2, 2025 · Dikemas kini Januari 2, 2025 oleh ariff bukhari

Seperti semua sedia maklum, bermula tahun 2025 ini, perkhidmatan pesanan Internet dan perkhidmatan media sosial perlu mendapatkan lesen di bawah kerangka pelesenan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) seperti yang ditetapkan oleh MCMC.

Penguatkuasaan ini ditetapkan ke atas penyedia platform utama yang memiliki sekurang-kurangnya 8 juta pengguna di Malaysia seperti Facebook, Instagram, TikTok, X, Telegram, WeChat, WhatsApp dan YouTube.

Walau bagaimanapun setakat hari ini, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) memaklumkan, hanya 2 platform media sosial yang telah dilesenkan iaitu WeChat dan TikTok sahaja.

Platform utama yang lain iaitu Facebook, Instagram, Telegram dan WhatsApp pula sedang dalam proses dilesenkan.

Manakala X dan YouTube masih belum memohon lesen untuk mereka beroperasi di Malaysia.

Alasan yang diberikan X adalah jumlah penggunanya di Malaysia belum mencapai angka 8 juta pengguna yang disyaratkan.

YouTube pula, Google membangkitkan beberapa perkara mengenai ciri perkongsian video YouTube dan klasifikasinya di bawah Kerangka Pelesenan.

Jadi, MCMC memaklumkan mereka sedang meniliti perkara-perkara itu.

Tujuan utama pelesenan ini adalah untuk menangani peningkatan jenayah siber seperti penipuan, judi dalam talian, buli siber, dan jenayah seksual terhadap kanak-kanak. Anda tak perlu risau, sebab pelesenan ini hanya terpakai kepada penyedia perkhidmatan yang memenuhi kriteria pelesenan sahaja.

Perkhidmatan pesanan Internet dan perkhidmatan media sosial yang beroperasi tanpa lesen di Malaysia boleh dikenakan denda sehingga RM500,000, penjara sehingga 5 tahun atau kedua-duanya sekali.

Di pihak pengguna pula, anda tidak perlu memohon lesen tersebut.

Berkaitan

  • Ini Sebab Kenapa Kerajaan Wujudkan Lesen Pemberi Perkhidmatan Internet Dan Media Sosial
  • Tidak Rancang Sekat Platform Media Sosial Jika Gagal Mohon Lesen - Fahmi
  • Produk Elektronik Pilihan: Jimat Besar Di Shopee, Patut Masuk ‘Wishlist’ Anda
  • Google Dijangka Perkenal Fungsi Penapis Kandungan Untuk Gemini
  • Generasi 'Bayi Beta' Bermula Tengah Malam Ini, Hidup Di Era AI Dan Automasi Sepenuhnya

Sumber: MCMC

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY