Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Ciri-Ciri Baharu YouTube Yang Anda Perlu Tahu

Posted on Oktober 17, 2024Oktober 17, 2024

YouTube telah mengumumkan pelbagai ciri-ciri baharu yang akan meningkatkan pengalaman pengguna di web, mudah alih, TV, dan YouTube Music. Menurut Matthew Darby, Pengarah Pengurusan Produk YouTube, kemas kini ini direka untuk memperbaiki pengalaman menonton dan interaksi antara pengguna dan pencipta kandungan.

Berikut adalah apa yang baharu.

Mainkan video dengan kelajuan lebih tepat

Salah satu ciri yang paling dinanti-nantikan ialah kawalan kelajuan main balik yang boleh dilaraskan dalam kenaikan 0.05. Pengguna kini dapat menyesuaikan kelajuan video dengan lebih tepat, memberikan fleksibiliti lebih besar dalam cara mereka menonton kandungan.

‘Miniplayer’ yang lebih fleksibel

YouTube mobile app mini player

 

YouTube juga memperkenalkan miniplayer yang lebih interaktif pada aplikasi mudah alih sebagai ciri-ciri barunya. Pengguna kini boleh mengubah saiz dan menggerakkan miniplayer, membolehkan mereka mencari video lain sambil menonton video yang sedang dimainkan.

Senarai main kolaboratif dan mencipta ‘thumbnail’ AI

Ciri kolaboratif baharu membolehkan pengguna berkongsi senarai main dengan keluarga dan rakan melalui pautan atau kod QR. Pengguna juga boleh menggunakan AI untuk mencipta ‘thumbnail’ senarai main yang lebih kreatif dengan memilih tema dan membiarkan AI menghasilkan gambar mengikut pilihan mereka.

Fungsi ‘sleep timer’

YouTube Sleep Timer feature

 

Untuk mengelakkan tidur tanpa sengaja semasa menonton video, YouTube memperkenalkan ciri Sleep Timer, yang membolehkan pengguna menetapkan masa untuk menghentikan video secara automatik. Ciri tersebut sudah pun tersedia untuk diakses oleh pengguna YouTube Premium.

Lencana YouTube

YouTube Badges

Pengguna kini boleh mengumpul lencana yang memperingati pencapaian tertentu seperti menjadi ahli berbayar terawal atau menjadi pendengar utama artis kegemaran. Ini adalah mirip yang kita lihat di Facebook.

Antara muka TV lebih sinematik

Ciri baharu ini juga akan mempertingkatkan pengalaman menonton di TV dengan sentuhan visual yang lebih sinematik dan UI Shorts yang lebih interaktif, memberikan pengguna pengalaman lebih mendalam.

Sekiranya anda masih belum menerima ciri ini jangan risau kerana ia ditawarkan secara berperingkat.

{suggest}

Sumber : YouTube

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress