Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Logo baru nokia 2023

Didakwa Guna Teknologi Video Mereka Secara Percuma, Nokia Saman Amazon

Diterbitkan November 3, 2023 · Dikemas kini November 3, 2023 oleh ariff bukhari

Nokia bertindak memfailkan saman terhadap Amazon  atas pelanggaran paten pada teknologi berkaitan video di seluruh dunia termasuk AS, India, Jerman, UK dan Mahkamah Paten Bersatu Eropah.

“Hari ini, kami telah memulakan tindakan undang-undang terhadap Amazon kerana penggunaan tanpa kebenaran teknologi berkaitan video Nokia dalam perkhidmatan penstriman dan perantinya. Kes telah difailkan di AS, Jerman, India, UK, dan Mahkamah Paten Bersatu Eropah.” Nokia.

Nokia juga memaklumkan, secara berasingan, mereka juga telah memfailkan kes di AS terhadap HP kerana penggunaan tanpa kebenaran teknologi berkaitan video Nokia yang dipatenkan dalam peranti mereka.

Nokia menerusi kenyataan medianya berkata, “kadangkala litigasi adalah satu-satunya cara untuk bertindak balas kepada syarikat yang memilih untuk tidak mematuhi peraturan yang diikuti dan dihormati oleh orang lain,” Arvin Patel, Ketua Pegawai Pelesenan Nokia.

Aduan itu berkaitan dengan perkhidmatan Prime Video Amazon serta peranti yang didakwa Nokia melanggar patennya mengenai mampatan video, penghantaran kandungan, cadangan kandungan dan aspek yang berkaitan dengan perkakasan.

Nokia menyatakan, mereka telah melabur lebih daripada €140 bilion dalam penyelidikan dan pembangunan sejak 2000.

Didakwa Guna Teknologi Video Mereka Secara Percuma, Nokia Saman Amazon

Berkaitan

  • Selepas Hampir 60 Tahun, Nokia Tukar Logo Ikonik Mereka
  • Ikuti Tips Ini Untuk Beli ‘Laptop’ Mampu Milik Tapi “Spec Masih Mengancam”
  • Tablet Ni Ada Slot Kad SIM Tapi Harga Murah

Sumber: Nokia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY