Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
YouTube_Business Insider

YouTube Jawab Dakwaan ‘Adblocker’ Penyebab Video Langkau Ke Hujung

Diterbitkan Mei 31, 2024 · Dikemas kini Mei 31, 2024 oleh ariff bukhari

Sebelum ini telah dilaporkan tentang pengguna yang menonton video di YouTube mendapati video yang sedang ditonton akan terus langkau ke hujung video.

Ia didakwa berpunca daripada tindakan Google yang mengesan pengguna memasang extension Adblocker pada pelayar mereka.

Walau bagaimanapun, YouTube telah respon bagi menjelaskan isu itu dalam satu kenyataan yang dihantar kepada laman 9to5Google.

YouTube menjelaskan bahawa “dorongan untuk meningkatkan prestasi YouTube” adalah yang patut dipersalahkan. Ini “tidak berkaitan” dengan tindakan keras YouTube terhadap penyekat iklan.

Ad blockers violate YouTube’s Terms of Service, and we’ve been urging users for some time to support their favorite creators and allow ads on YouTube or try YouTube Premium for an ad-free experience. An unrelated push to improve YouTube’s performance and reliability may be resulting in suboptimal viewing experiences for ad blocker users.

YouTube juga sekali lagi dalam kenyataan itu mengingatkan bahawa, penggunaan adblocker melanggar syarat perkhidmatan YouTube. Mereka juga menggesa penggunanya untuk menyokong pencipta kandungan kegemaran mereka dengan membenarkan iklan atau melanggan YouTube Premium.

Kesimpulannya, isu itu tidak berpunca daripada tindakan keras awal terhadap penyekat iklan tetapi sebaliknya disebabkan oleh proses berterusan platform itu untuk memberikan pengalaman YouTube yang optimum dengan prestasi yang lebih baik.

Jadi, mungkin dengan perubahan prestasi yang sedang dijalankan itu, telah mengganggu penyekat iklan sedia ada.

Berkaitan

  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen
  • Nak Telefon Ada Kamera Potret Cantik Tapi Harga Tak Keras, Ini Anda Cari
  • Bukan iPhone, Tapi Telefon Samsung Dan Xiaomi Adalah Yang Terhangat Di Pasaran Malaysia
  • YouTube Kini Langkau Video Hingga Tamat Jika Pasang 'Adblocker'
  • Rakyat Malaysia Pengguna Dompet Digital Tertinggi Di Dunia - Tinjauan

Sumber: 9to5Google

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY