Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
samsung xiaomi

Bukan iPhone, Tapi Telefon Samsung Dan Xiaomi Adalah Yang Terhangat Di Pasaran Malaysia

Diterbitkan Mei 28, 2024 · Dikemas kini Mei 28, 2024 oleh ariff bukhari

Dalam laporan terbaru Canalys mendedahkan, pengeluar telefon pintar dari China menguasai pasaran telefon pintar di Malaysia yang dipacu oleh Xiaomi, vivo, OPPO dan TRANSSION dengan berada 4 kedudukan teratas.

Sementara Samsung dari Korea Selatan mendahului dengan 18% diikuti rapat Xiaomi (17%) serta vivo, OPPO dan TRANSSION dengan masing-masing merekodkan penguasaan pasaran telefon pintar di Malaysia sebanyak 12%.

Screen Shot 2024-05-28 at 10.23.41 AM
analisis Canalys, setakat Mei 2024

Dari carta di atas dapat dilihat bahawa peranti iPhone dari Apple pula tidak berjaya tersenarai dalam penguasaan telefon pintar di Malaysia.

Canalys dalam laporannya berkata, Samsung mengungguli pasaran di Malaysia pada suku pertama 2024 yang dibantu oleh pelancaran Galaxy S24.

“Samsung mengatasi prestasi dalam pasaran ini kerana ia lebih sesuai dengan strategi premium Samsung. Samsung boleh memanfaatkan saluran premium seperti kedai pengalaman berjenama dan saluran telekomunikasi untuk menyokong pertumbuhan peranti andalannya seperti Galaxy S24.” Canalys.

Bagi Xiaomi pula, pertumbuhan serta pegangan pasarannya adalah disebabkan peranti kelas permulaan (Redmi Ax dan Cx) dan juga siri Note.

Selain itu, Samsung juga menguasai pasaran telefon pintar Asia Tenggara dengan 19% setakat suku pertama (Q1) 2024 biarpun pertumbuhan tahunan merosot -20%.

Screenshot 2024-05-28 at 11.09.29 AM

Sementara, TRANSSION yang merangkumi jenama Tecno, Infinix dan iTel berada di kedudukan kedua buat pasaran Asia Tenggara dengan pegangan 18%. Malah, pertumbuhan tahunannya juga sebanyak 197%.

Berkaitan

  • Cara Untuk Tutup Iklan Dalam Peranti Xiaomi Dengan MIUI
  • Xiaomi Buang Ciri Popular Untuk Pengguna YouTube Percuma
  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen

Sumber: Canalys

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY