Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
YouTube Ad Blocker

YouTube Kini Langkau Video Hingga Tamat Jika Pasang ‘Adblocker’

Diterbitkan Mei 29, 2024 · Dikemas kini Mei 29, 2024 oleh ariff bukhari

Google kini menjadikan tontonan video di YouTube secara percuma tanpa gangguan lebih sukar apabila video yang sedang ditonton akan terus dilangkau ke hujung video.

Ini akan berlaku apabila anda dikesan memasang extension adblocker pada pelayar anda.

Platform penstriman ini nampaknya perlahan-lahan mencari cara untuk membuat pengguna berhenti menggunakan penyekat iklan.

Pada awalnya, YouTube akan memaparkan mesej yang mengatakan bahawa penonton harus mematikan penyekat iklan mereka, tetapi pendekatan ini tidak banyak membantu kerana mesej itu hanya diabaikan.

Kemudian, YouTube mula mengecilkan prestasi penstriman mana-mana video yang dimuat naik ke platform itu, tetapi ia masih bukan penyelesaian konkrit.

Jadi kini, Google bertindak memaksa individu untuk mematikan penyekat iklan sepenuhnya terlebih dulu atau video yang mahu ditonton anda tiba-tiba akan melangkau terus ke penghujungnya.

Jika anda cuba memainkan semula video atau mengalihkan kursor anda ke bahagian tertentu klip untuk memintas langkau itu pula, ia tetap tidak akan berhasil.

New Youtube adblock weird behaviour – video automatically skips to the end
byu/SDHD4K inyoutube

Nampaknya satu-satunya pilihan yang tersedia untuk pengguna ialah terpaksalah menonton iklan jika mereka mahu mengelak daripada membayar perkhidmatan tersebut.

Atau langgan sahaja Youtube Premium yang berharga RM17.90/bulan dan menerima pelbagai ciri utama seperti bebas iklan, akses ke aplikasi Youtube Music dan boleh muat turun video untuk tontonnya pada ketika anda luar talian (offline).

harga Youtube Premium

Berkaitan

  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen
  • Nak Telefon Ada Kamera Potret Cantik Tapi Harga Tak Keras, Ini Anda Cari
  • Bukan iPhone, Tapi Telefon Samsung Dan Xiaomi Adalah Yang Terhangat Di Pasaran Malaysia
  • Rasmi, Apple Store Pertama Di Malaysia Akan Dibuka 22 Jun Depan
  • Lebih 75 Permainan Ditawarkan, Playables Kini Tersedia Di YouTube

Sumber: wccftech

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY