Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
mobile wallet_2

Rakyat Malaysia Pengguna Dompet Digital Tertinggi Di Dunia – Tinjauan

Diterbitkan Mei 29, 2024 · Dikemas kini Mei 29, 2024 oleh Amalina Athman

Malaysia menerajui penggunaan dompet mudah alih, dengan 63% rakyat negara ini menggunakan kemudahan tersebut untuk membeli belah, menurut platform teknologi kewangan global Adyen.

Berkaitan

  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen
  • Google Pay Kini Sokong Kad Kredit Bank Muamalat, Ini Cara Guna
  • Google Pay Kini Sokong Kad Maybank, Ini Cara Tambah Ke Dalam Peranti
  • Apple Pay Kini Sokong Kad RHB Bank, Ini Cara Tambah Ke Apple Wallet

Ia merupakan kadar penggunaan tertinggi di dunia, yang mana tinjauan adalah berasaskan laporan runcit daripada lebih 38,000 pembeli serta 13,000 peniaga di 26 pasaran – termasuk lebih 1,000 pengguna dan 500 perniagaan di Malaysia. Tinjauan ini dijalankan mulai 15 Januari hingga 1 Februari 2024.

Rakyat Malaysia Pengguna Dompet Digital Tertinggi Di Dunia – Tinjauan

Sebagai tambahan, firma penyelidikan itu berkata peralihan daripada dompet fizikal merupakan trend ketara dalam kalangan pengguna di Malaysia, dengan 41% kini bergantung pada kaedah pembayaran mudah alih seperti tap-to-pay. 

Mengenai populariti urus niaga sosial dalam kalangan pengguna, indeks itu menunjukkan bahawa 73% rakyat Malaysia menggunakan media sosial untuk membeli-belah, jauh lebih tinggi daripada purata global sebanyak 44%.

Rakyat Malaysia Pengguna Dompet Digital Tertinggi Di Dunia – Tinjauan

Golongan milenial berkemungkinan menjadi pembeli terbesar di platform media sosial berbanding mana-mana kumpulan umur lain, dengan 80% mengaku telah membuat transaksi dalam 12 bulan lepas.

Selain itu, pengguna Gen Z juga mencatat pertumbuhan terbesar, dengan 17% daripadanya merupakan pembeli kali pertama di platform media sosial sejak 12 bulan lepas.

Sumber: Siaran Media Adyen

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY