Asal usul fotografi bermula daripada satu perlakuan atau proses menangkap cahaya melalui pantulan cermin lensa, terus ke permukaan yang mempunyai sifat fotopeka seperti filem.
Selepas ia berkembang, gambar pertama dunia pun berjaya ditangkap oleh Joseph Nicéphore Niépce, ‘Bapa Fotografi’, melalui kaedah heliografi.
Setelah itu, Louis Daguerre pun mula memperkenalkan teknik fotografi yang baharu melalui kaedah Daguerreotype dan berjaya menangkap hasil gambar yang lebih jelas iaitu ‘View of the Boulevard du Temple’.
Selain daripada ilmu fotografi, kelengkapan sokongan tambahan seperti lampu flash juga turut dicipta bagi membantu jurugambar menghasilkan gambar yang lebih cantik.
Hilangnya Seni Fotografi Flash
Dahulu, kita boleh lihat yang penggunaan lampu flash ini terhad kepada acara-acara rasmi sahaja seperti penyampaian anugerah, perasmian tempat dan lain-lain.
Namun kini, lampu flash dalam seni fotografi semakin kurang dititik beratkan apatah lagi digunakan pada masa sekarang kerana mereka takut dengan adanya pencahayaan lampu flash pada gambar, hasil gambar akan menjadi kurang ‘manis’ untuk dipertontonkan.
Bagaimanapun, teknologi makin berkembang dan telah banyak terciptanya peranti telefon pintar yang lengkap dengan binaan kamera digital di bahagian dalaman.
Tambahan lagi, ia hadir dengan ciri kecerdasan buatan (AI) yang mampu memperbaiki dan mencantikkan lagi hasil gambar.
Oleh yang demikian, ramai pengguna telefon pintar sekarang terlalu bergantung dengan inovasi kamera masa kini, lalu menjadikan mereka individu yang kurang mahir serta kurang berpengetahuan dalam seni fotografi yang melibatkan penggunaan lampu flash.
Telefon Ini Boleh Bagi Gambar Potret Cantik Walaupun Dalam Gelap
Jikalau anda seorang pengguna telefon pintar yang tegar, anda pasti perasan bahawa setiap telefon pintar pasti akan dilengkapi dengan lampu flash, tidak kiralah harganya mahal ataupun murah.
Walaupun kita tahu yang semua telefon pintar memang dilengkapi lampu flash, terdapat satu ciri yang hadir dalam telefon pintar vivo V30e sekali gus membuat garisan evolusi dari sudut penggunaan lampu flash yang membezakannya dengan telefon jenama lain, iaitu Aura Light 3.0.
Bagi anda yang masih belum tahu tentang kewujudan ciri Aura Light 3.0 ini, di sini diperjelaskan serba sedikit apa itu Aura Light 3.0 dan bagaimana ia membantu dalam fotografi.
Dalam istilah yang mudah, ciri Aura Light 3.0 ini memainkan peranan dalam memberikan kadar pencahayaan yang cukup dalam setiap hasil gambar yang ditangkap menggunakan mod tangkapan potret.
Walaupun definisinya nampak umum tetapi ia berbeza dengan telefon pintar yang lain kerana “lampu flash” daripada Aura Light 3.0 ini tampil dengan tetapan pilihan tona warna yang boleh diakses pada bahagian atas sebelah kiri halaman kameranya.
Untuk yang baru berjinak-jinak dengan seni fotografi, jangan risau untuk mengenalinya kerana di sebelah togol tona warnanya itu, ada tersedia satu butang yang boleh selaraskan penggunaan warna cahaya secara automatik.
Tona warna flash itu boleh disuaikan secara manual juga mengikut cita rasa anda, daripada warna putih yang cerah dan terang sehinggalah warna oren yang lebih lembut dan hangat.
Tip tambahan untuk anda, lampu Aura Light 3.0 ini akan menjadi malap sedikit apabila subjek mula mendekati kamera vivo V30e pada jarak kurang daripada 1 meter. Jadi, mata tidak akan terlalu silau dengan cahaya lampu Aura Light 3.0.
Menarik bukan?
Ciri ini dijamin mampu untuk memenuhkan ruang-ruang kosong yang anda alami dalam seni fotografi flash telefon pintar.
Tidak terhenti di situ sahaja, kamera utama bagi vivo V30e ini juga menggunakan lensa daripada Sony IMX 882 50MP.
Bukan sahaja tertumpu pada penambahbaikan bagi “hasil gambar flash”, telefon ini juga mampu memberikan hasil gambar potret yang memberangsangkan.
Dengan ini, hasil gambar potret akan jadi lebih cantik dan menarik di mata umum mahupun profesional.
Walaupun tarikan utama kamera vivo V30e ini adalah ciri Aura Light 3.0, kualiti kamera swafotonya juga tidak tersedia sebagai hiasan sahaja kerana hasil gambarnya juga tidak mengecewakan untuk anda yang gemar berswafoto.
Selain daripada gambar, vivo V30e juga hadir dengan kelengkapan rakaman video pada kadar resolusi 4K 1080p bersama ciri tambahan, Micro Movie.
Bagi yang pertama kali mendengarnya, Micro Movie merupakan satu platform alternatif untuk pengguna siri vivo V30 menghasilkan video secara terus sejurus selepas sesi rakaman tamat.
Hal ini kerana platform ini hadir lengkap dengan pelbagai templat video, filter dan kelengkapan menyunting video seakan-akan CapCut. Masa anda untuk mengedit video pun dapat dijimatkan.
Aura Light Boleh Jadi Sebagai ‘External Light’
Selain daripada menjadi ciri tunggal untuk kamera vivo V30e, lampu flash daripada Aura Light 3.0 ini juga boleh digunakan sebagai salah satu “kelengkapan kecemasan”.
Apa yang anda perlukan hanyalah tripod telefon pintar untuk “memegang” vivo V30e ini menjadi external light mudah alih buatan sendiri.
Idea ini sangat bermakna bagi seseorang itu yang berada dalam keadaan terdesak untuk mencari sumber cahaya bagi sesi fotografinya. Lebih penting, “external light” itu sudah terbina dalam telefon. Jadi, anda boleh terus mengambil gambar dalam apa jua situasi tanpa perlu pening kepala untuk membawa aksesori tambahan semasa sesi fotografi.
Rekaan Moden, Bateri Besar Tapi Nipis
Selain daripada ciri Aura Light 3.0, vivo V30e juga hadir dengan rekaan yang menarik dan sesuai untuk golongan muda yang mahu bergaya.
Panel belakangnya mempunyai rupa seakan-akan pemandangan awan seperti di atas langit bagi pilihan warna Sky Mirror.
Sekiranya anda mahukan pilihan warna yang lain daripada itu, vivo V30e ini juga hadir dengan variasi warna kedua iaitu Coco Brown yang diinspirasikan daripada gaya pemakaian golongan mewah dengan penerapan corak matte berkilat dan kotak-kotak halus.
Tambahan lagi, walaupun reka bentuknya nipis, vivo V30e ini lengkap dengan kapasiti bateri 5,500mAh yang mana cukup besar dengan sokongan pengecasan berwayar 44W dan sangat puas untuk kegunaan yang berpanjangan.
Jangan risau kerana vivo telah memberi jaminan jangka hayat untuk baterinya selama empat tahun penggunaan.
Digandingkan pula dengan skrin telefon pintar jenis AMOLED pada kadar segar semula 120 Hz, resolusi 2400 x 1080 dan kecerahan puncak 1,300 nits.
Dengan ini, melihat hasil gambar yang ditangkap atau menikmati kandungan hiburan lebih puas.
Prestasi Yang Baik Walaupun ‘Adik Bongsu’ Siri V30
Untuk penggunaan yang berlebihan dan berpanjangan, anda boleh harapkan prestasi yang terbaik daripada vivo V30e ini kerana ia menggunakan cip pemprosesan daripada Qualcomm, Snapdragon 6 Gen 1.
Tidak terhenti di bateri dan cip pemprosesan, pengguna juga akan dapat merasai pengalaman penggunaan telefon pintar yang sangat lancar dengan memori 8GB LPDDR4X yang juga disokong ciri Extended RAM sehingga 8GB yang boleh diaktifkan di halaman tetapan.
Sama ada penggunanya melakukan tugasan harian yang ringan seperti penggunaan media sosial dan menonton video, sehinggalah tugasan berat seperti bermain permainan mudah alih, ia masih lagi lancar tanpa sebarang masalah.
Telefon Dengan Harga Berpatutan Untuk Penggemar Gambar Potret
Walaupun vivo V30e ini adalah model yang mampu milik dalam barisan siri vivo V30, ia masih lagi mampu menawarkan hasil gambar yang baik di samping prestasi yang tidak mengecewakan.
Ini kerana vivo V30e adalah satu langkah permulaan yang bagus untuk para peminat fotografi yang ingin memperluaskan kemahiran mereka dengan perbelanjaan duit yang tidak terlalu banyak.
Ditambah pula dengan ciri Aura Light 3.0 dan reka bentuk menarik, ia cukup berpatutan pada harga RM1,399 dengan varian 8+8GB RAM dan storan 256GB.
Jika anda berminat, peranti vivo V30e sudah boleh dibeli menerusi kedai dalam talian vivo dan juga Shopee, Lazada serta TikTok.
Klik pautan untuk beli – https://linktr.ee/vivoV30e5G
*Artikel ini dibawakan oleh vivo Malaysia