Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
AFP

Australia Akan Larang Kanak-Kanak Bawah 16 Tahun Akses YouTube Dan Media Sosial

Diterbitkan Julai 31, 2025 oleh ariff bukhari

Australia bakal menguatkuasakan undang-undang media sosial baharu yang melarang kanak-kanak berumur di bawah 16 tahun memiliki akaun YouTube, selain platform seperti Facebook, Instagram, TikTok, Snapchat dan X.

Langkah ini diumumkan oleh Perdana Menteri Anthony Albanese dan Menteri Komunikasi Anika Wells bagi melindungi remaja daripada “algoritma pemangsa” serta kandungan berbahaya.

YouTube, yang sebelum ini dianggap dikecualikan kerana penggunaannya di sekolah, menyifatkan larangan ini sebagai tindakan mengejut dan menegaskan bahawa ia adalah platform video, bukan media sosial.

Namun kerajaan itu tetap bertegas, meskipun mengakui penguatkuasaan mungkin tidak sempurna.

Undang-undang ini, yang akan berkuat kuasa 10 Disember 2025, merupakan antara larangan paling ketat di dunia.

Syarikat media sosial yang gagal mematuhi boleh didenda sehingga A$49.5 juta (RM150 juta).

Walau bagaimanapun, pengkritik menyifatkan undang-undang ini sebagai kabur dan sukar dikuatkuasakan secara praktikal dengan negara lain kini turut memerhati rapat pendekatan Australia ini.

Berkaitan

  • Cara 'Install' Play Store Di Peranti Huawei
  • Lepas Ini Kandungan Tak Sesuai Di YouTube Akan Disemak Lebih Cepat Di Malaysia
  • Jangan Biarkan Malaysia Jadi Tong Sampah Elektronik Dunia

Sumber: AFP

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • TikTok Shop Naikkan Kadar Komisen Bagi Kebanyakan Kategori - Berkuat Kuasa 31 Oktober 2026
  • Prapesan iPhone Duo Kini Dibuka Di Malaysia - Harga Bermula RM9,499
  • Malaysia Percepat Reka Bentuk Cip Menerusi IP Arm, Enam Cip Tempatan Dilancarkan
  • 3 Digital Audio Player Bawah RM400
  • Senario Terburuk Krisis Iklim Di Asia Selatan, 40.5 Juta Penduduk Berisiko Jadi Pelarian Menjelang 2050
  • Genting Dan Huawei Akan Bersama Bangunkan Bandar Pintar Teknologi Di Johor
  • RAM Mahal? 8GB Sudah Cukup Untuk PC Windows 11 - Microsoft
  • Sony Walkman Baharu Dipacu Android Dilancar Pada Harga ~RM11,750
©2026 WISER.MY