Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
HP ZBook Ultra G1a_Eclipse Grey (2)

HP Bekerjasama Dengan AMD Lancar 2 Komputer Workstation Baharu Dipacu AMD Ryzen™ AI Max PRO

Diterbitkan Jun 20, 2025 · Dikemas kini Jun 20, 2025 oleh ariff bukhari

HP Malaysia melancarkan dua produk terbaharu mereka khusus untuk stesen keja iaitu HP ZBook Ultra G1a dan HP Z2 Mini G1a.

Kedua-dua komputer ini dibina dengan kerjasama AMD yang dikuasakan oleh AMD Ryzen™ AI Max PRO, dengan keupayaan pemprosesan AI sehingga 50 TOPS (Trillion Operations Per Second).

Ia direka khusus untuk profesional kreatif dan organisasi yang memerlukan komputer berprestasi tinggi dalam saiz yang kompak.

Dengan teknologi AI terbina, ZBook Ultra dan Z2 Mini membolehkan pengguna melakukan kerja berat seperti reka bentuk 3D, proses rendering grafik intensif, mengendalikan model bahasa besar (LLM) secara kendiri dan menyokong aplikasi generatif dan kandungan masa nyata.

HP ZBook Ulta G1a
HP ZBook Ultra G1a.
HP ZBook Ultra G1a_Eclipse Grey (4)
HP ZBook Ultra G1a tersedia dalam pilihan warna Eclipse Grey dan Meteor Silver.

Komputer riba HP ZBook Ultra G1a dikuasakan pemproses AMD Ryzen™ AI MAX PRO dengan sokongan RAM LPDDR5 sehingga 128GB serta storan NVME dari 512GB sehingga 4TB.

Perkakasan grafik tertingginya pula dipacu AMD Radeon™ 8060S Graphics dengan paparan OLED 2.8K 14 inci serta menyokong pengecasan pantas USB- 140W.

 

HP Z2 Mini G1a Workstation
HP Z2 Mini G1a Workstation hadir dalam saiz kompak dan padat, sekali gus menjimatkan ruang kerja.
HP Z2 Mini G1a Workstation (2)
HP Z2 Mini G1a JetBlack-Horizontal-Rear.png

Komputer meja HP Z2 Mini G1a Workstation juga dikuasakan cip AMD Ryzen™ AI Max PRO dengan sokongan RAM LPDDR5 sehingga 128GB.

Ia juga menyokong saiz storan sehingga 4TB dan kuasa grafik tertinggi  AMD Radeon™ 8060S Graphics

Harga jualan bagi komputer riba HP ZBook Ultra G1a adalah bermula dari RM7,799 dan komputer meja HP Z2 Mini G1a Workstation pula ditawar pada harga bermula RM5,999.

Untuk info lanjut tentang HP ZBook Ultra G1a dan HP Z2 Mini G1a Workstation  ini, layari Z Workstation Computers- HP Z | HP® Malaysia.

Beli barisan produk HP dari stor rasmi di:

  • Shopee – https://invl.me/clmrw06
  • Lazada – https://invl.me/clmrw09

Berkaitan

  • (Ulasan) HP Omen Transcend 14 - Laptop Gaming Dengan Bateri Tahan Lama
  • 'Laptop' Mahal Sangat? Tablet Ni Dah Lebih Dari Cukup
  • Redmi Note 14 Pro 5G BamBam Edition Kini Di Malaysia – Harga RM1,299

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY