Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Yamaha Sedang Bangunkan Motosikal EV Menyerupai R25

Yamaha Sedang Bangunkan Motosikal EV Menyerupai R25

Diterbitkan Oktober 14, 2025 · Dikemas kini Oktober 14, 2025 oleh ariff bukhari

Sebelum ini Yamaha telah pun memperkenalkan motosikal PHEV (Plug-in Hybrid Electric Vehicle) yang dibangunkan menerusi model naked MT-09.

Kini, Yamaha turut memaklumkan bahawa mereka kini sedang membangunkan motosikal elektrik sepenuhya yang dikenali sebagai ‘Proto BEV’.

Apa yang menariknya adalah, motosikal elektrik ini dibangunkan menyerupai motosikal lumba Yamaha yang popular dalam siri R seperti R25 dan R9 untuk model yang lebih besar.

Yamaha Sedang Bangunkan Motosikal EV Menyerupai R25

Reka bentuk motosikal konsep EV supersport ini menekankan berat ringan dan saiz padat supaya ia mudah dikawal dengan karakter tunggangan baharu.

Model ini menggabungkan kestabilan pengendalian ikonik Yamaha Motor yang telah diasah pada model enjin pembakaran dalaman (ICE).

Selain prestasi, reka bentuk antara muka manusia-mesin (HMI) memberi tumpuan kepada pengalaman tunggangan di litar dengan semua kawalan penting disusun pada hujung jari.

Yamaha berkata, model ini masih dalam peringkat prototaip yang dibangunkan berasaskan konsep “keseronokan yang hanya dapat dinikmati melalui motosikal EV berkapasiti bateri besar.”

Yamaha Proto BEV ini akan dipertontonkan kepada umum di Pameran Mobiliti Jepun 2025 yang akan berlangsung dari 29 Oktober hingga 9 November 2025.

Berkaitan

  • Yamaha MT-09 PHEV — Masa Depan Dua Roda Dah Sampai
  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
  • Yamaha Perkenal Motosikal Futuristik Dipacu AI

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY