Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Yamaha Perkenal Motosikal Futuristik Dipacu AI

Yamaha Perkenal Motosikal Futuristik Dipacu AI

Diterbitkan Oktober 13, 2025 · Dikemas kini Oktober 13, 2025 oleh ariff bukhari

Yamaha di Pameran Mobiliti Jepun 2025 telah mendedahkan motosikal  futuristik dengan kecerdasan buatan (AI).

Dikenali sebagai Projek MOTOROiD. ia dilancarkan untuk meneroka hubungan baharu antara manusia dan mesin.

Model pertama telah pun diperkenalkan pada 2017 dahulu yang memperlihatkan keupayaan MOTOROiD berdiri dan berinteraksi secara autonomi dengan penunggangnya.

MOTOROiD 1
MOTOROiD 1.

Versi keduanya , MOTOROiD2 yang hadir pada 2023 pula menampilkan interaksi dua hala seperti rakan sebenar antara manusia dan mesin.

Untuk tahun ini, dikenali sebagai MOTOROiD:Λ,  ia membawa konsep sebelum ini dengan lebih jauh di mana ia berkeupayaan belajar dan berkembang sendiri melalui apa yang dipanggil sebagai pembelajaran pengukuhan (reinforcement learning).

MOTOROiD 2
MOTOROiD:Λ menampilkan pergerakan organik hasil pembelajaran AI serta rangka eksoskeleton ringan dan tahan lasak untuk menyokong proses pembelajaran. Ia boleh membuat keputusan sendiri untuk bangun, mengaktifkan motor yang berbeza dengan sewajarnya untuk berdiri tegak dan kemudian mengekalkan keseimbangannya sendiri.

Sistem kenderaan pintar ini berlatih dalam persekitaran maya sebelum mengaplikasikan kemahiran dalam dunia sebenar menggunakan teknik Sim2Real.

Gabungan mobiliti dan pembelajaran kendiri ini menjadikan MOTOROiD:Λ perintis dalam mentakrifkan semula masa depan motosikal pintar.

Berkaitan

  • Yamaha MT-09 PHEV — Masa Depan Dua Roda Dah Sampai
  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
  • Ferrari Elettrica Didedahkan – Model Elektrik Pertama Dengan Kuasa Melebihi 1,000hp

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • TikTok Shop Naikkan Kadar Komisen Bagi Kebanyakan Kategori - Berkuat Kuasa 31 Oktober 2026
  • Prapesan iPhone Duo Kini Dibuka Di Malaysia - Harga Bermula RM9,499
  • Malaysia Percepat Reka Bentuk Cip Menerusi IP Arm, Enam Cip Tempatan Dilancarkan
  • 3 Digital Audio Player Bawah RM400
  • Senario Terburuk Krisis Iklim Di Asia Selatan, 40.5 Juta Penduduk Berisiko Jadi Pelarian Menjelang 2050
  • Genting Dan Huawei Akan Bersama Bangunkan Bandar Pintar Teknologi Di Johor
  • RAM Mahal? 8GB Sudah Cukup Untuk PC Windows 11 - Microsoft
  • Sony Walkman Baharu Dipacu Android Dilancar Pada Harga ~RM11,750
©2026 WISER.MY