Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Yamaha Lancar Skuter Hibrid Pertama Di Malaysia Berharga RM6,198

Yamaha Lancar Skuter Hibrid Pertama Di Malaysia Berharga RM6,198

Diterbitkan November 28, 2025 · Dikemas kini November 28, 2025 oleh ariff bukhari

Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd. (HLYM) telah melancarkan motosikal skuter hubrid pertama di Malaysia menerusi model Ego Gear Pro.

Di majlis pelancarannya yang berlangsung di pusat beli belah Mayang Mall, Kuala Terengganu, harga jualan yang dicadangkan bagi skuter hibrid ini adalah RM6,198.

Yamaha Lancar Skuter Hibrid Pertama Di Malaysia Berharga RM6,198

Ia menampilkan enjin 4-lejang baru Blue Core 125cc silinder tunggal yang mampu menghasilkan kuasa 8.4PS dan tork setinggi 9.6Nm bersama Smart Motor Generator yang dipacu transmisi automatik.

Dengan adanya Smart Motor Generator, ia dilengkapi ciri Power Assist, untuk pecutan awal dan memberi kuasa tambahan ketika melaui jalan berbukit.

Untuk tangki bahan api pula, ia dilengkapi tangki besar 5.1L untuk perjalanan jauh.

Yamaha Lancar Skuter Hibrid Pertama Di Malaysia Berharga RM6,198

Antara ciri pintar lain yang ada pada skuter ini adalah ciri enjin berhenti automatik bila berhenti lama dan aktif semula bila sedia untuk bergerak serta sistem ‘Answer Back’ yang memudahkan anda mencari motosikal anda di tempat letak yang sesak.

Ketahui spesifikasi lanjut Ego Gear Pro di laman rasmi Hong Leong Yamaha Motor | EGO GEAR.

Beli barisan aksesori skuter Yamaha Ego Gear di stor:

  • Shopee – https://invl.me/cln3f8g
  • Lazada – https://invl.me/cln3f8i

Berkaitan

  • Nak Rumah Selamat, Privasi Terjaga 24/7? Unifi Ada Penyelesaian Pintar
  • Senarai Model Motosikal EV CKD Dengan Rebat RM2,400 - Bah. 1
  • SHOEI Lancar Helmet Motosikal Pertama Di Dunia Terbina AR Berharga ~RM5,700

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY