Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
SHOEI Lancar Helmet Motosikal Pertama Di Dunia Terbina AR Berharga ~RM5,700

SHOEI Lancar Helmet Motosikal Pertama Di Dunia Terbina AR Berharga ~RM5,700

Diterbitkan November 25, 2025 · Dikemas kini November 26, 2025 oleh ariff bukhari

SHOEI menjadi pengeluar helmet motosikal pertama di dunia yang melancarkan topi keledar yang terbina dengan teknologi Head-Up Display (HUD).

Diperkenalkan menerusi model terbaru GT-Air 3 Smart, teknologi realiti terimbuh (AR) ini  memaparkan semua maklumat penting seperti kelajuan, GPS, panggilan dan notifikasi terus ke dalam garis pandangan penunggang.

SHOEI mendakwa, kelebihan ini mampu meningkatkan fokus dan mempercepatkan masa tindak balas penunggang sehingga 32%,, sekali gus menjadikan tunggangan lebih selamat.

SHOEI Lancar Helmet Motosikal Pertama Di Dunia Terbina AR Berharga ~RM5,700
SHOEI Lancar Helmet Motosikal Pertama Di Dunia Terbina AR Berharga ~RM5,700

Helmet ini hadir dengan paparan Nano OLED FHD ultra terang dengan segala info yang dipapar mudah dibaca walaupun di bawah cahaya matahari.

Selain itu, ia turut dilengkapi sistem interkom  yang dibangunkan oleh EyeLights di mana ia menyokong tanpa had jumlah sambungan untuk dihubungkan bersama penunggang lain walaupun berbeza jenama.

SHOEI Lancar Helmet Motosikal Pertama Di Dunia Terbina AR Berharga ~RM5,700
GT-Air 3 Smart terbina dengan set audio premium termasuk mikrofon dengan ciri pembatalan hingar aktif dan bunyi berkualiti tinggi untuk perbualan lancar walaupun pada kelajuan tinggi. Ia turut menyokong pembantu suara AI Siri dan Google.

SHOEI GT-Air 3 Smart kini dibuka untuk pra tempahan pada harga €1199 (~RM5,700) yang tersedia dalam saiz S hingga XXL dan 5 pilihan warna menarik.

Berkaitan

  • Nak Rumah Selamat, Privasi Terjaga 24/7? Unifi Ada Penyelesaian Pintar
  • Cara Main C&C: Red Alert 2 Terus Di Pelayar Dan Telefon Pintar
  • Pelajar UMPSA Cipta Sistem Pintar Kurangkan Risiko Kecurian Motosikal
  • 5 Jenama Bateri AA Li-Ion Boleh Dicas Semula Guna Pengecas USB-C

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY