Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Senarai Model Motosikal EV CKD Dengan Rebat RM2,400 – Bah. 1

Posted on November 17, 2025November 17, 2025

Selepas pelancaran Skim Galakan Motosikal Elektrik (MARiiCas) yang menawarkan rebat bernilai RM2,400 pada lewat Disember 2023 lalu, semakin banyak model motosikal EV pemasangan tempatan (CKD) sudah ditawarkan di Malaysia.

Ini sekali gus memberikan lebih banyak pilihan kepada pengguna untuk memiliki motosikal EV idaman mereka.

Hanya daripada 11 model sahaja pada 2024, model motosikal EV telah meningkat kepada 28 model setakat separuh pertama 2025.

Malah untuk model CKD sahaja menyaksikan peningkatan kepada 9 syarikat yang kini mengeluarkan motosikal EV dengan pemasangan tempatan.

Jadi, untuk bahagian pertama ini, dikongsikan dahulu 3 syarikat pengeluar motosikal EV tempatan bersama model yang telah dihasilkan mereka dan sudah berada di pasaran.

1. Superlux Auto Sdn. Bhd

Superlux Auto yang ditubuhkan pada 2017, memberi fokus kepada motosikal elektrik dan kini mengedar produk mereka kepada lebih 200 pengedar di seluruh Malaysia.

Syarikat ini kini mengeluarkan sebanyak 4 model motosikal EV iaitu HC200, eB1, BOS2000 dan TALARIA.

Model paling mampu milik dari Superlux adalah menerusi model eB1 yang berharga RM5,388. Tapi dengan rebat RM2,400 dari MARiiCas, Superlux eB1 boleh dimiliki pada harga serendah RM2,988 sahaja.

Ketahui lebih lanjut spesifikasi bagi setiap model motosikal EV keluaran Superlux ini dengan layari Superlux | Joy of eBike.

2. NI HSIN EV Tech Sdn. Bhd. (NH EV TECH)

NH EV TECH adalah anak syarikat milik penuh NI HSIN GROUP BERHAD yang tersenarai di Bursa Malaysia. Syarikat ini terlibat dalam pembuatan, pemasangan, promosi dan pemasaran pelbagai jenis kenderaan elektrik serta aksesori berkaitan.

Syarikat ini juga membangunkan konsep dan kemudahan berasaskan sistem bateri EV untuk industri penghantaran.

Setakat ini, NH EV TECH telah menghasilkan sebanyak 5 model motosikal iaitu Ebixon Bold, Ebixon Torq, Ebixon Kruz, VMOTO CPX PRO dan VMOTO TC MAX.

Harga yang ditawarkan (sebelum rebat RM2,400) adalah bermula dari RM9,000 (Ebixon Bold) sehingga RM25,900 (VMOTO CPX PRO).

Sudah tentulah dengan rekaan yang lebih bergaya, tawaran jarak yang lebih jauh dan kelajuan lebih tinggi, VMOTO CPX PRO ini lebih mahal harganya.

Ketahui lebih lanjut spesifikasi motosikal EV keluaran NH EV TECH dengan layari Home | Ebixon.

3. Motosikal Dan Enjin Nasional (Modenas)

Modenas yang baru sahaja melancarkan supermoped Z15GT sebenarnya turut ada mengeluarkan motosikal EV mereka sendiri menerusi MEV-1 PRO, MEV-1 PRO SX dan MEV-2 yang berharga dari RM9,878 (sebelum rebat RM2,400).

Tapi Modenas turut menawarkan varian dengan pek bateri lebih besar (2 bateri) yang berharga dari RM17,700 (sebelum rebat RM2,400).

Modenas MEV-2 berharga RM9,878 (sebelum rebat RM2,400).

Layari laman rasmi Home :: Modenas untuk melihat lebih banyak model motosikal ICE dan EV yang ditawarkan mereka.

Cara untuk memohon rebat RM2,400 untuk motosikal EV sudah pun dikongsikan dalam artikel sebelum ini.

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress